1 Mei 2016: Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2016: Selamat Hari Pekerja

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, GAMIS mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga negara Malaysia.

Laksanakanlah tugasan kita dengan penuh amanah, supaya rezeki yang dimiliki dilimpahi keberkatan. Bersemangatlah dan bekerja keraslah dalam mencari rezeki, kerana muslim yang baik itu sentiasa berusaha memperbaiki prestasi di setiap hari.

Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah pernah berkata: “Sesiapa menyangka dia boleh sampai ke syurga tanpa bersusah payah, dia seorang yang berangan-angan, dan sesiapa yang menyangka dengan tekun berusaha dia akan sampai ke syurga, dia orang yang berjaya”.

Semoga sambutan hari pekerja ini memberi suntikan kepada semua untuk lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan masing-masing.

Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan meninggal esok. Beramallah untuk dunia seolah-oleh kamu akan hidup di dunia selama-lamanya.

“Marilah Menuju Kejayaan!”

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!