100 Anak Muda TURUN Bantah Minyak Naik

10295296_490057984468575_3980255870587952643_oSABTU – Kira-kira 100 anak muda berhimpun di Kompleks Sogo membantah kenaikan harga minyak dan kos sara hidup rakyat yang semakin mencengkam.

Himpunan tersebut dianjurkan di Kompleks Sogo, anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) bersama beberapa NGO lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Pemuda Pakatan, Gerakan Belia Sokong Ulama’, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), dan beberapa NGO lain.

Himpunan tersebut bermula pada pukul 3 petang, dengan nyanyian lagu sindiran kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak, dan laungan bantah kenaikan harga minyak dan kos sara hidup rakyat.

Peserta himpunan berarak menuju ke Masjid Jamek, dan berakhir di hadapan Kompleks UTC Pudu Raya.

Meskipun hujan lebat, namun peserta himpunan tidak berganjak dari himpunan, menyebabkan pengguna jalan raya memberikan hon sebagai tanda sokongan terhadap himpunan tersebut.

Menurut jurucakap TURUN, Azan Safar, himpunan pada hari tersebut bukanlah pertama dan terakhir bagi membantah kenaikan kos sara hidup.

“Ini cumalah sedikit dari rancangan-rancangan bantahan kami di seluruh negara. Nantikan himpunan rakyat yang lebih besar pada 7 November ini,” ujarnya.

Gerakan TURUN pernah mendapat sokongan ribuan rakyat ketika menganjurkan himpunan 2014 Tahun Sengsara Rakyat pada 31 Disember 2013 tahun lalu dan dituduh sebagai himpunan bertujuan menggulingkan kerajaan.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!