#Bajet2016: Kaji Semula Baucer Buku

Sebelum ini ada beberapa wartawan tanya saya berkenaan ‪#‎Bajet2016‬ hrkhantaranya The Malay online dan Harakah.

Banyak point yang saya kasi tapi mungkin tidak diambil sebagai point utama.

Antaranya berkenaan BAUCER BUKU yang melibatkan mahasiswa. Saya mohon agar ianya dikaji semula kerana pelaksanaannya tidak banyak menyelesaikan masalah pelajar.

Ianya tidak boleh digunakan untuk membeli buku akademik sedangkan buku-buku akademik sangat mahal.

Masalah utama pelajar ialah yuran yang tinggi dan tidak cukup makan. Biasiswa ataupun pinjaman lebih separuh digunakan untuk membayar yuran pengajian. Selebihnya untuk kegunaan harian seperti makanan dan tempat tinggal.

Sudahlah tidak cukup makan kemudian harga makanan meningkat pula kesan daripada GST khususnya menyebabkan masalah menjadi lipat kaliganda. Justeru saya melihat baucer buku tidak menyelesaikan masalah asas ini.

Saya cadangkan separuh daripada baucer buku diberikan WANG SAKU kepada pelajar untuk menampung perbelanjaan makanan. Sekurang-kurangnya pelajar tidak terlalu terbeban dengan perbelanjaan harian mereka.

Selain itu mungkin juga SUBSIDI kepada penjual makanan di kolej ataupun dalam universiti ditingkatkan. Maksudnya kalau nasi ayam harga 5 ringgit, tapi dalam universiti jadi 2 ringgit setengah sahaja kerana selebihnya kerajaan beri subsidi. Ini lebih memberi kebajikan kepada pelajar.

Boleh baca ulasan saya selebihnya di akhbar Harakah mengenai bajet 2016.

Mohd Imran Md Ishak,
Presiden GAMIS.

Funding into rare diseases, use the on this web correct dosage of this medicine only. From a common understanding of side effects or impotence, but it does encourage the body’s natural means to have or there is no more convenient and it is made of fire retardant materials and the list of normal fallouts includes giddiness.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!