1MDB: Sejauh Mana Rakyat Melihat Masa Depan Negara?

13640963_776172669190437_5513069671474090966_o

 

Isu utama dalam penyelewengan wang ini bukanlah soal siapa yang harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu 1MDB ini, tapi persoalan yang lebih penting ialah sejauh mana rakyat melihat masa depan negara pada 10 tahun ke hadapan.

Selagi mana jenayah dan korupsi ini berterusan di Malaysia, maka yang akan menanggung hutang dan bebanan negara akan jatuh pada bahu anak cucu kita.

Jika apa yang ditinggalkan untuk kita sekarang ialah harta, maka pewarisnya akan menerima manfaat harta itu, tapi sekiranya yang diwariskan kepada mereka ialah hutang, maka terimalah kenyataan bahawa pewarisnya akan menggalas hutang sampai langsai.

Sekali lagi, jangan hanyut dengan isu 1MDB, TPPA, bajet negara, GST, kenaikan kos sara hidup mahupun apa sahaja isu panas di sekeliling kita yang menjadi keutamaan untuk mencari siapa pesalah dan siapa yang patut bertanggungjawab. Tapi, carilah kesan daripada apa yang berlaku sekarang adalah cerminan kepada jatuh bangun negara Malaysia untuk masa mendatang.

Jangan culas dengan mainan isu mingguan kerana berita-berita hangat di telinga kita takkan habis ditelan zaman.

Tapi lihatlah kepada solusi bagaimana harus mewajahkan Malaysia yang lebih harmoni, pentadbiran yang lebih stabil, undang-undang dan kehakiman yang lebih telus, rakyat yang lebih produktif dan agama serta kaum yang berbilang yang lebih banyak memanfaatkan setiap apa yang disumbangkan.

Anak muda yang berjiwa besar dan mempunyai idea yang lebih segar perlu lakukan sesuatu untuk agama, bangsa dan negara kita.

Apa guna anugerah kudrat yang diberi Tuhan selama ini jika hanya menjadi “keyboard warrior” dan mengancam kerajaan dengan bermacam tohmahan tapi tiada usaha untuk turun ke lapangan dan merasai sendiri keperitan rakyat.

Ayuh bersama GAMIS dalam memastikan negara ditadbir dengan telus, rakyat merasai kewujudan tenaga muda dan negara Malaysia berada dalam keadaan aman dan makmur.

Nantikan siri ke-5 Green Tea Talk 4 Malaysia berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) untuk diskusi santai seterusnya.

Turunlah dan lakukan sesuatu wahai anak muda dan mahasiswa sekalian! Rugi jika disia-siakan masa muda tanpa sedikit bakti kepada masyarakat.

Rakyat dan negara perlukan kita! Jom lakukan perubahan anak muda!

Jadilah seperti Muhammad Al-Fateh yang telah menggoncang dunia seusai berjayanya beliau membuka Kota Konstatinopel pada usia yang begitu muda!

Pimpin dunia dengan agama! Allahu Akbar!

اقامة الدين وسياسة الدنيا به

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

“BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN”

NURSYIMA NADIA MOHAMAD HIDAYAT
Timb. Pengerusi Majlis Politik Nasional
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2016

‪#‎GreenTeaTalk4Malaysia‬
‪#‎GAMIS‬
‪#‎WeUniteForIslam‬
‪#‎1MDB‬
‪#‎Fastaqim‬
‪#‎SokongPindaAkta355‬

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!