GAMIS DAN UMMAH AKAN BERHIMPUN DI HADAPAN PARLIMEN

Himpunan Tolak ICERD Tarikh : 31 Oktober 2018 (Rabu) Masa : 11.00 am Tempat : Parlimen, Malaysia GAMIS menyeru kepada seluruh mahasiswa Malaysia untuk sama-sama hadir dan berpartisipasi dalam himpunan ini bagi menyatakan sokongan dan pendirian kita membantah usaha kerajaan PH untuk meretifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).   “Istiqamah Bersama

ICERD : PENDAPAT BEKAS KETUA HAKIM NEGARA

  PENGESAHAN “KONVENSYEN ANTARABANGSA MENGENAI PENGHAPUSAN SEMUA BENTUK DISKRIMINASI KAUM” MERUGIKAN MELAYU Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum  (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) (konvensyen) telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan (ratified) mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969.

MENGAPA MAHASISWA MESTI TOLAK ICERD?

ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) BUKAN ACUAN KITA. INI ANTARA SEBAB KENAPA MALAYSIA TIDAK PERLU MENERIMA/MERATIFIKASINYA:- 1. Kerajaan dan beberapa pihak mengusul untuk Malaysia menandatangani dan meratifikasi ICERD. Mereka mengatakan Malaysia harus mengikut jejak majoriti negara didunia, dan sudah tiba masanya setelah lama Malaysia enggan melakukannya. 2. ICERD

MAWAR : HIMPUNAN MEGA MAHASISWI MALAYSIA 2018

Zainab la-Ghazali pernah berkata, “Wanita Muslimah mestilah mendalami agama sehingga dia benar-benar mengerti bahawa Islam inilah agama yang telah memelihara hak-haknya”. Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) pada tahun ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran mahasiswi Malaysia dari seluruh negara untuk membincangkan berkaitan usaha memberdaya fungsi mahasiswi Islam dalam mendepani cabaran Era Malaysia Baharu

GAMIS SERU MAHASISWA UUM TINGGALKAN BUDAYA HEDONISME

Video tarian secara terbuka mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) di pusat membeli belah yang tular menari dalam keadaan yang tidak senonoh pada hari semalam telah memberikan satu imej yang sangat buruk dan negatif terhadap golongan mahasiswa dan ahli akademik Malaysia. Ini adalah budaya yang sangat memalukan, bertentangan dengan moto UUM (Ilmu, Budi, dan Bakti) dan

PRK UTM 2018: TAHNIAH MAHASISWA

Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa UTM yang mengambil bahagian dalam PRK UTM pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun yang bersejarah apabila berlakunya pertandingan dan proses pengundian dalam PRK UTM setelah hampir 3 tahun UTM tidak mengundi dalam pemilihan MPP mereka. Tahniah diucapkan juga kepada semua calon yang memberanikan diri untuk bertanding dan memberikan tawaran

PRK UIAM : KEMBALIKAN KERUSI UMUM KEPADA MAHASISWA TEMPATAN

GAMIS mengucapkan tahniah kepada mahasiswa UIAM kerana telah berjaya menjalani satu fasa konflik politik dengan budaya pertembungan politik yang matang dan sejahtera. Town Hall yang diunjurkan oleh SRC IIUM pada tempoh hari bagi membantah tindakan HEP UIAM yang menangguhkan PRK UIAM tanpa notis rasmi telah memperlihatkan pertembungan yang matang di antara blok politik SRC IIUM

UTM MENGUNDI HARI INI!

Tahun 2018 telah menjadi saksi mekarnya budaya politik yang segar dalam PRK UTM berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. PRK UTM telah menyaksikan pertembungan yang sengit diantara blok Politik Identiti Mahasiswa UTM dan Aspirasi Evolusi UTM. Kedua-dua blok ini mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dan saling bertungkus-lumus mendapatkan undi daripada mahasiswa UTM. PRK UTM juga telah

PILIHANRAYA KAMPUS : GAMIS KECEWA MENTERI LAMBAT AMBIL TINDAKAN

Berikutan daripada kenyataan media oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dalam Sinar Harian, pada 24 Oktober 2018 dengan tajuk ‘Pilihanraya Kampus Era Malaysia Baharu’, kami mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia kerana akhirnya telah mengambil tindakan yang serius untuk melakukan reformasi dalam sistem Pilihanraya Kampus. GAMIS sejak dahulu telah memperjuangkan isu ini dan era Malaysai

TOWN HALL PRK UIAM : SRC MENANG BESAR UNDIAN TINGGALKAN STUDENTS DEMOCRATIC ALLIANCE (SDA) DI BELAKANG

Gombak : Kehangatan  Pilihanraya Kampus UIAM kian terasa apabila Town Hall SRC IIUM Campus Election yang diadakan pada malam ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada mahasiswa UIAM. Kira-kira hampir lebih daripada 500 orang mahasiswa telah mengambil bahagian dalam program pada malam ini. Town Hall pada malam ini telah menyaksikan pertembungan antara dua blok kumpulan

DEBAT MANIFESTO CALON PRK USIM DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Nilai : Tarikh 23 Oktober 2018 telah menjadi tarikh bersejarah buat mahasiswa USIM apabila Program Debat Manifesto yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Undang-Undang dan Syariah USIM (LAWSOC). Program pada malam ini telah menjadi satu lonjakan baru kepada hidupnya PRK USIM yang selalunya dikatakan hambar oleh mahasiswa USIM dan mahasiswa lain di seluruh negara. Budaya berpolitik

BEDAH DOKUMEN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-11

Pada 18 Oktober yang lalu, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan usul di parlimen mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016 – 2020 dengan tema “Keutamaan dan Penekanan Baharu, 2018 – 2020”. Kajian Separuh Penggal RMK-11 ini telah dibina berasaskan Enam Tonggak utama iaitu, Mereformasi tadbirurus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran awam.

GAMIS wakil tunggal Mahasiswa Malaysia ke The 10th Pioneer Forum 2018, Istanbul

ISTANBUL, 12 Oktober 2018 : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menghadiri sebuah persidangan antarabangsa bagi membincangkan isu Baitul Maqdis dan Palestin selama dua hari beturut-turut di Istanbul, Turki. Persidangan The 10th Pioneer Forum 2018 ini telah dianjurkan oleh The Global Coalition For Quds and Palestine (GCQP) dengan bantuan Kerajaan Turki dan berjaya menghimpunkan sebanyak 92 perwakilan NGO

ANALISIS RINGKAS PILIHANRAYA KAMPUS UKM 2018

1. Pilihanraya Kampus UKM telah melabuhkan tirainya malam tadi. Keputusan yang menyaksikan persaingan yang seimbang antara entiti politik menatijahkan Republican UKM (11 kerusi), Inspirasi Varsitii (9 kerusi), RMUKM (9 kerusi), Demokrat UKM (6 kerusi), calon bebas (3 kerusi). Pada tahun ini, persaingan sengit berlaku kerana pertandingan telah dibuat 5 penjuru. 2. Kelibat ASPIRASI tidak kelihatan pada tahun ini dilihat antara faktor kepada

UKM MENJADI SAKSI RAPAT UMUM MAHASISWA MALAYSIA ERA MALAYSIA BAHARU

UKM MENJADI SAKSI RAPAT UMUM MAHASISWA MALAYSIA ERA MALAYSIA BAHARU UKM- 9 OGOS 2018 – Sejarah telah tercipta di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia apabila rapat umum mahasiswa Malaysia telah diadakan  buat julung kalinya. Kira-kira hampir 400 orang mahasiswa telah berkumpul di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak yang menghimpunkan pelbagai buah universiti di sekitar lembah

Enjoy this blog? Please spread the world!