23 PERSATUAN MAHASISWA BERSAMA GAMIS DESAK ARAB SAUDI BANTU PALESTIN

Tarikh :

12 Rabiul Akhir 1439H | 29 Disember 2017M

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته.

Allah SWT berfirman:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا وَاذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ.

سورة آل عمران أية: 103

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (sewaktu Jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah satukan hati-hati kalian, lalu kamu menjadi baik melalui nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk.”

Surah Ali Imran: 103

Alhamdulillah. Hari ni GAMIS bersama 23 Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) hadir ke Kedutaan Arab Saudi bagi menyatakan desakan kami ke atas Kerajaan Arab Saudi untuk selesaikan konflik yang berlaku antara Palestin-Israel.

GAMIS secara tegasnya berpendirian bahawa seluruh negara yang dipimpin oleh Umat Islam wajib bersatu dan berkerjasama dalam agenda membebaskan tanah milik umat Islam di Palestin.

Berikut merupakan tuntutan GAMIS bersama 23 Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kepada Kerajaan Arab Saudi:

1) Kami mendesak agar Kerajaan Arab Saudi mengecam secara terbuka tindakan Donald Trump dan mengambil tindakan segera ke atas konflik Palestin-Israel yang berlaku serta membantu rakyat Palestin secara terbuka dan agresif.

2) Kami juga menuntut agar Kerajaan Arab Saudi mengadakan satu persidangan khas bersama Liga Arab yang lain bagi melancarkan ‘task force khas’ demi membantu Palestin dalam konflik Palestin-Israel yang berlaku hari ini.

3) Kami mendesak agar Kerajaan Saudi bersama Liga Arab menghantar bantuan kemanusiaan dan ketenteraan untuk membantu rakyat Palestin dalam peperangan Palestin-Israel.

4) GAMIS menuntut agar Kerajaan Saudi bersama Liga Arab menggembleng usaha bersama Kerajaan Turki dan Iran sebagai rakan kerjasama untuk membantu Kebangkitan Gelombang Perpaduan Umat Islam Se-Dunia serta memberikan tekanan politik kepada Israel di Timur Tengah.

5) GAMIS menuntut agar Kerajaan Arab Saudi mengambil sikap yang konsisten dalam mempertahankan Palestin dan sesekali tidak akan pernah mengiktiraf “Two-State Solution”.

Kami melahirkan rasa kecewa kerana pihak kedutaan tidak mahu menerima memorandum kami meskipun sebelum ini kami telah menetapkan temu janji melalui kakitangan di pejabat mereka.

Kami mengharapkan agar suara kami didengari di luar sana agar Palestin dapat kembali dibebaskan oleh Umat Islam.

Terima kasih.

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

Yang Benar,

MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN MOHD ZAI
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!