UKM MENJADI SAKSI RAPAT UMUM MAHASISWA MALAYSIA ERA MALAYSIA BAHARU

UKM MENJADI SAKSI RAPAT UMUM MAHASISWA MALAYSIA ERA MALAYSIA BAHARU

UKM- 9 OGOS 2018 – Sejarah telah tercipta di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia apabila rapat umum mahasiswa Malaysia telah diadakan  buat julung kalinya. Kira-kira hampir 400 orang mahasiswa telah berkumpul di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak yang menghimpunkan pelbagai buah universiti di sekitar lembah klang. Rapat umum ini merupakan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia.

Rapat Umum tersebut diadakan bertujuan memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa Malaysia agar lebih sensitif cakna dan bertanggungjawab ke atas proses demokrasi kampus dalam negara kita. Selain itu, rapat umum ini bagi memupuk semangat budaya politik matang,mengangkat prinsip perpaduan, saling hormat-menghormati dan meraikan kepelbagaian dalam masyarakat di kampus. Melalui rapat umum ini juga, objektif yang ingin dicapat adalah memupuk budaya politik hujah dan solusi serta meninggalkan budaya politik samseng dan caci maki. GAMIS juga mengharapkan melalui partisipasi mahasiswa pada pilihanraya kampus kali ini sebagai tanda penegasan kepada mahasiswa agar memilih calon yang sedia berkhidmat, berani mempertahankan hak mahasiswa serta mengankat dasar yang mengutamakan kepentingan mahasiswa.

Rapat umum ini dipengerusi oleh saudara Ikhwan Nasyriq, Naib Presiden 3 GAMIS dan para pemidato terdiri daripada wakil-wakil entitI politik universiti iaitu Afiq Faiz (SMI USIM), Azrie Izid (SMART UPM), Ariff Saufi (MPP KUIS), Syafiq Adabi (Neo Siswa UM), Maziah Ghuraba (SIGMA) dan tuan rumah, Ariff Mu’azzam (INSPIRASI). Apa yang menarik pendekatan rapat umum ini agak unik kerana dimulakan dengan solat hajat dan munajat di Masjid UKM, disusuli bacaan asmaul husna, surah as saff dan diakhiri dengan bacaan doa rabithah. Melalui rapat Umum ini juga, INSPIRASI telah mengetuai seluruh peserta yang hadir dengan membacakan deklarasi rapat umum mahasiswa Malaysia yang mengandungi tiga ikrar iaitu mewujudkan politik berwibawa, budaya hormat-menghormati dan budaya kebebasan suara melalui wacana yang sihat.

Rapat umum ini berakhir kira-kira jam 11 malam. Pihak keselamatan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang rapat umum dengan bantuan lalu lintas bagi melancarkan perjalanan program.  Hal ini merupakan perkembangan yang positif bagi mengembalikan autonomi mahasiswa kearah kebebasan akademik dan bersuara selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!