KRONOLOGI HUTANG PTPTN

KRONOLOGI HUTANG PTPTN

10 Mac 2019 M | 3 Rejab 1440 H

Pada 5 Mac 2019 kami telah berkongsi berkenaan kronologi sejarah PTPTN. Rentetan daripada kronologi tersebut, Jabatan Kajian dan Intelektual, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia telah melaksanakan sedikit penyelidikan berkenaan jumlah hutang PTPTN tahun ke tahun. [1]

Sejak tahun 1997 sehingga 2012, jumlah pembiayaan PTPTN adalah sebanyak RM 48.1 bilion telah diluluskan kepada 2, 136 017 bilion peminjam. [2] Pada hujung tahun 2012. Seterusnya jumlah yang diluluskan sehingga tahun 2013 adalah sebanyak RM 46.1 bilion kepada 2, 035, 790 peminjam [3] dan meningkat sehingga RM 51.2 bilion kepada 2, 224, 955 peminjam pada tahun 2014. Jumlah terkumpul pembiayaan yang diluluskan sehingga tahun 2015 adalah sebanyak RM 55.83 bilion [4] kepada 2, 464, 937 peminjam seterusnya sebanyak RM 48.56 bilion kepada 2, 643 773 peminjam pada tahun 2016.[5]

Pada hujung tahun 2012, seramai 792, 314 peminjam telah berjaya membuat bayaran balik iaitu sebanyak RM 3.8 bilion manakala pada penghujung tahun 2013 telah mencatatkan seramai 927 295 peminjam telah berjaya membuat bayaran balik bersamaan dengan RM 1.21 bilion. Pada tahun 2014 pula, seramai 1. 046 055 peminjam dengan bayaran berjumlah RM 0.72 bilion telah berjaya membayar balik pinjaman dan pada tahun 2015, seramai 1, 216, 477 peminjam yang membuat bayaran balik. Seramai 1, 283 158 peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak RM 4.83 bilion.

Jumlah terkumpul tunggakan hutang pada setiap tahun meningkat sejak tahun 1997 hingga tahun 2012 iaitu sebanyak RM 2.4 bilion disebabkan tunggakan hutang yang gagal dibayar oleh peminjam seramai 359 245 peminjam. Pada tahun 2014 seramai 381, 181 peminjam gagal membuat bayaran balik menjadikan jumlah keseluruhan hutang sebanyak 4.51 bilion dan meningkat sehingga RM 5.41 bilion daripada jumlah peminjam seramai 662 983 orang yang tidak membuat bayaran balik. Seramai 679 117 peminjam gagal membuat bayaran balik sebanyak RM 4.83 bilion pada tahun 2016. Jumlah tunggakan hutang peminjam lama telah mencecah RM 3.26 bilion menjadikan keseluruhan hutang pada tahun 2016 dicatatkan sebanyak RM 8.09 bilion.

Mantan Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata bahawa jumlah peminjam Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN adalah 2.8 juta pelajar.Beliau juga memaklumkan bahawa hutang sekarang mengikut rekod sehingga Mac 2018 adalah berjumlah RM52.84 bilion.[6]

Bagaimanapun Pengerusi PTPTN yang baru dilantik, Wan Saiful Wan Jan dalam laporan pada 13 September 2018 berkata: Hutang PTPTN melebihi RM36 billion, malahan mencecah RM40 billion. Beliau juga menyebut: “Sejak penubuhan PTPTN, seramai 1,003,124 peminjam adalah anak-anak Melayu dan daripada jumlah ini, hanya 288,835 sahaja yang membayar balik dengan konsisten, iaitu 28.8 peratus.” Menurut beliau lagi, seramai 425,292 atau 42 peratus tidak membayar mengikut jadual, manakala 277,994 atau 28 peratus tidak membayar langsung hutang mereka. Maksudnya, 70 peratus peminjam Melayu tidak berdisiplin dalam melunaskan kewajipan membayar hutang mereka.[6]
___________________________________
1. https://www.facebook.com/175982485876128/posts/1430085627132468/
2. http://www.penerangan.gov.my/…/co…/downloads/publication.pdf
3. http://www.parlimen.gov.my/ipms/risalat/Laporan
4. http://www.parlimen.gov.my/ipms/risalat/2016/
5. http://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2017-11-29/ST.143.2017
6. http://muftiwp.gov.my/…/2620-bayan-linnas-siri-ke-149-statu…

“MARA BERSAMA ISLAM”

JABATAN KAJIAN DAN INTELEKTUAL
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!