GAZA UNDER ATTACK

 

GAZA UNDER ATTACK
26 Mac 2019 | 19 Rejab 1440H

Seruan kepada seluruh umat Islam untuk bersama-sama kita mendoakan keselamatan saudara seagama kita yang berada di Gaza, Palestin.

Penduduk di Palestin kini berada dalam keadaan yang merbahaya apabila serangan bertalu-talu dilakukan oleh Zionis Israel sehinggakan seramai 7 orang cedera (sumber Kementerian Kesihatan Palestin) sekitar awal pagi tadi oleh mereka.

Sebaik sahaja Donald Trump menyatakan bahawa Bukit Golan merupakan milik Israel, Zionis Israel semakin berani menunjukkan keangkuhan mereka sehinggakan mereka sanggup mencederakan penduduk Palestin yang serba kekurangan termasuk para wanita dan anak kecil.

Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Donald Trump dan tindakan melampau oleh Zionis Israel kepada penduduk Palestin. Diharapkan agar kerajaan baharu memandang serius terhadap apa yang berlaku di Palestin atau di negara lain khususnya yang melibatkan umat dan agama Islam.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GazaUnderAttack
#PrayForGaza
#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!