5 Universiti Awam Malaysia Tersenarai Dalam 300 Teratas Ranking Universiti Dunia QS

 

1. 5 universiti Malaysia tersenarai 300 teratas dalam ranking terbaru Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) yang dikeluarkan semalam.

2. Universiti Malaya (UM) mencatat kedudukan terbaik antara universiti Malaysia di kedudukan 114, kedudukan terbaik yang pernah dicapai oleh UM, meningkat naik sebanyak 19 anak tangga.

3. Selain itu, empat lagi universiti Malaysia yang tersenarai adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat ke-229, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 230; Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 253; dan Universiti Sains Malaysia (USM), ke-264.

4. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengisi kedudukan antara 600-800 teratas.

5. Ranking Universiti Dunia QS yang telah masuk edisi ke 14 ini diterbitkan setiap tahun untuk memberikan indeks institusi pendidikan tinggi dunia, berdasarkan kepada enam petunjuk prestasi – reputasi akademik dan majikan, nisbah pelajar-fakulti, penyelidikan setiap ahli fakulti, perkadaran fakulti antarabangsa dan pelajar antarabangsa. Menurut Ketua Unit Kecerdasan QS, Ben Sowter, beliau berkata universiti Malaysia ada peningkatan daripada segi akademik dan markah reputasi majikan.

6. Massachusetts Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan tertinggi untuk 6 tahun berturut-turut dan diikuti oleh Stanford University dan Harvard University.

7. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan prestasi universiti-universiti yang tersenarai. Moga peningkatan ini berterusan dan mampu membina mahasiswa yang akan membawa Malaysia ke arah negara yang lebih cemerlang dan sejahtera.

“Melangkah Bersama Islam”

Jabatan Penerangan dan Informasi
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!