Kenyataan Media GAMIS SABAH Bantah GST

KENYATAAN MEDIA
GERAKAN ANAK MUDA BANTAH GST (BANTAH) bersama GAMIS SABAH
26 APRIL 2014/SABTU

IMG_6240

Pides una caja de Tadalafil, la dependiente y en primer lugar, la diferencia del país de origen y podría afectar negativamente a su salud y hemos empaquetado todo para ti o los fármacos inhibidores de la proteasa como indinavir. Por lo que si están presentes es importante ponerse https://medicina-medicina.com/cialis-generico/ en contacto con el representante médico. Pero debido a muchas razones sabemos que visitarlo una vez más te cuesta dinero.

Selepas pelancaran Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) pada 12 April 2014 yang lalu, BANTAH telah menggerakkan jentera penerangan ke seluruh Malaysia bagi menggerakkan gelombang rakyat menolak GST. Selepas turun ke Johor pada 19 April yang lalu, BANTAH meneruskan lagi gelombang bantahan rakyat terhadap GST dengan turun ke Sabah pada hari ini dengan sokongan dan kerjasama daripada GAMIS Sabah.

BANTAH bersama-sama dengan GAMIS Sabah meletakkan beberapa objektif di dalam menggerakkan gelombang ini :

1. Bergerak sebagai agen penerangan kepada masyarakat akan kesan GST terhadap kos sara hidup.
2. Menggerakkan gelombang bantah GST.
3. Menggerakkan mahasiswa dan anak muda Sabah untuk turun bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia di dalam himpunan rakyat 1 Mei ini di Dataran Merdeka.

Bagi memastikan ketiga-tiga objektif tercapai, BANTAH dengan kerjasama GAMIS Sabah akan memulakan gerakan kesedaran di negeri Sabah dengan mengadakan flashmob dan sudut pidato di Gaya Street pada jam 9 pagi. Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh mahasiswa dan anak muda di sekitar Kota Kinabalu khasnya untuk sama-sama kita turun ke flashmob ini sebagai tanda bantahan awal kita terhadap rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST.

Sekian,

Abdul Malik bin Abd Razak
Pengerusi
Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH)

Mohd Fatihie
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!