89.74% MAHASISWA USIM TURUN MENGUNDI DALAM PRK

NILAI : Hari ini merupakan hari mengundi buat mahasiswa USIM. Hari terakhir buat PRK USIM setelah berkempen hampir 3 minggu. Peratusan mahasiswa USIM turun mengundi pada tahun ini telah meningkat sebanyak 2.01% berbanding dengan peratusan mahasiswa USIM turun mengundi pada tahun yang lepas. Walaupun peningkatannya hanyalah sedikit namun ini adalah merupakan kejayaan yang baik buat mahasiswa USIM yang sebelum ini senonim dengan keadaan PRK USIM yang hambar sewaktu tempoh berkempen.

Pada tahun 2015, peratusan turun mengundi mahasiswa USIM adalah sebanyak 58.15%, tahun 2016 sebanyak 86.63% dan pada tahun 2017 adalah sebanyak 87.73%.

Fakulti Pergigian telah mencatatkan peratusan mahasiswa USIM turun mengundi yang tertinggi berbanding fakulti-fakulti yang lain iaitu sebanyak 97.22 % (175/180 Mahasiswa yang turun mengundi). Disamping itu, Fakulti perubatan dan Sains Kesihatan telah mencatatkan peratusan mahasiswa USIM turun mengundi yang paling rendah berbanding fakulti-fakulti yang lain iaitu sebanyak 74.41% (349/469 mahasiswa yang turun mnegundi).

Keputusan undian bagi calon PRK USIM yang telah memenangi Kerusi Umum adalah seperti berikut :

  1. Muhsin : 7992 Undi
  2. Arif Hakimi : 7140 Undi
  3. Danial : 6458 Undi
  4. Syuhaidah : 6291 Undi
  5. Iskandar : 5978 Undi
  6. Hajar : 5685 Undi
  7. Najib : 5641 Undi
  8. Zainab : 5541 Undi
  9. Amir Azimuddin : 5507 Undi

GAMIS mengucapkan tahniah kepada 8,792 orang mahasiswa yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagawai warga masyarakat kampus USIM yang demokratik pada hari ini. Kami mendoakan agar demokrasi di kampus USIM akan lebih subur selepas ini dengan barisan MPP USIM yang cemerlang dan kewujudan kelompok sembang dan imbang yang matang oleh mahasiswa USIM selepas daripada ini.

Semoga USIM menjadi kampus yang maju, berkat dan sejahtera, amin.

“Istiqamah Bersama Islam”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!