Anak Muda Tolak Kezaliman!

13709863_769683686506002_9061494425965155281_nAlhamdulillah, semalam (15 Julai 2016) kita berjaya berhimpun secara aman menyatakan solidariti terhadap saudara Islam kita yang dizalimi di Rohingya. Lautan manusia termasuk anak muda yang hadir membuktikan kita punya hati dan jiwa yang cakna terhadap penderitaan yang dihadapi mereka!

Tahniah kepada penganjur himpunan penyerahan momerandum atas usaha dan kerja keras menyatakan kemarahan serta mendesak kerajaan supaya bersuara selaku wakil negara ASEAN dan juga negara OIC dalam membela rakyat Islam Myanmar.

GAMIS juga mengucapkan tahniah atas kehadiran anak muda yang sama-sama berhimpun memenuhi perkarangan kedutaan Myanmar semalam. Momentum hamasah yang ditunjukkan oleh anak muda yang selari dengan kesedaran terhadap isu umat Islam hendaklah diteruskan biarpun suara kita tidak didengari tetapi kita punya Allah S.W.T yang mencatat segala gerak geri!

Wahai anak muda, ayuh kita mengajak sahabat-sahabat kita yang masih leka supaya membuka mata melihat penderitaan yang dialami rakyat Rohingya! Tatkala kita hanya berhimpun dalam panas terik hanya beberapa jam, sahabat kita di sana kepanasan akibat dibakar jasadnya dengan begitu kejam. Tatkala kita mampu menyuap sepinggan nasi, ingatlah mereka merintih setitik air dalam kehausan dan tangisan berpanjangan.

Sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W,

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan urusan orang Islam, maka dia bukan dikalanganku!”

Ayuhlah kita titipkan doa dalam setiap sujud dan munajat kita kepada mereka yang teraniaya. Letaklah diri kita di tempat mereka supaya kita mampu menjiwai keperitan penderitaan serta kesedihan yang dialami oleh mereka!

Semoga Allah S.W.T menghancurkan tentera zionis laknatullah dan kita berharap agar kebebasan serta keamanan rakyat Islam Rohingya mampu bersinar kembali. Moga-moga usaha kita semua dinilai disisi Allah Taala dan mampu menjadi saksi dihari pembalasan kelak. InsyaAllah.

‪#‎AnakMudaTolakKezaliman‬

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia 2016/17 (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!