ASPIRASI TALI HAYAT NAJIB RAZAK DAN UMNO.

 

Kelihatannya Najib Razak begitu terdesak sehingga meng”claim” Pro Aspirasi memenangi 7 kampus (UNISZA, UIAM, UITM, UKM, UPSI, UM dan USM) dalam PRK kali ini dengan menyifatkan bahawa Kemenangan Pro Aspirasi ini merupakan signal sokongan kepada UMNO dan gen y memahami perjuangan BN.

Malangnya, data yang diperolehi oleh Najib Razak itu satu data yang sangat menyeleweng bahkan menghairankan. Ini jelas menunjukkan Najib terdesak mahu sokongan anak muda terutamanya mahasiswa.

Keterdesakan itu terlihat bila mereka terpaksa mengishtiharkan Pro A memenangi PRK di UNiSZA dan UiTM, sedangkan sudah berdekad kedua-dua universiti ini tiada pertandingan antara Pro M dan Pro A. Maka, mengapa begitu terdesak mahukan nama dari kampus yang tiada pertandingan?

Begitu juga keadaan dengan UM, data yang ditunjukkan oleh media terutamanya TV3, menyatakan Pro M hanya mendapat 6 kerusi merupakan satu auta yang tidak dapat diterima akal, kerana tahun ini Pro M UM telah memboikot PRK UM. Bagaimana Pro M boleh mendapat 6 kerusi dalam masa yang sama mereka tidak menghantar calon. Apakah dengan menang tanpa bertanding itu menunjukkan Pro A mendapat sokongan dari mahasiswa atau sengaja mengangkat diri sendiri tanpa pasti?

Paling menyedihkan data dari UIAM. Sungguh terdesak sekali Najib Razak, dan bonekanya di kampus, sanggup memutarkan fakta kemenangan Pro M (WUFI) di UIAM sebanyak 14 kerusi. Umumnya tahu, Pro A di UIAM sudah hilang dari jejak seumpama mayat hidup. Kehebatan putar belit UMNO dan Aspirasi ini mengejutkan mahasiswa apa bila mayat hidup itu didakwa menang di UIAM dengan rekaan 12-11, sungguh lucu permainan ini.

Di USM, kenyataan yang perlu diterima oleh UMNO dan Aspirasi, undi kepada Pro A jatuh secara mendadak sehingga Pro M memperolehi peningkatan kerusi sebanyak 3 kerusi berbanding tahun lepas. Jika sokong Aspirasi itu cerminan kepada sokongan kepada UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Najib Razak maka, berdasarkan keputusan ini sokongan terhadap UMNO di USM menurun.

Situasi di UPSI dan UKM pula memperlihatkan kezaliman dilakukan terhadap Pro M, sebagai contoh di UPSI 6 daripada 14 calon Pro M dibatalkan pencalonan dalam PRK kali ini dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. PRK di UKM paling dahsyat dalam sejarah PRK di Malaysia apabila kumpulan Pro M dihalang untuk berkempen di Kolej Kediaman bahkan semasa pengiraan undi beberapa calon Pro M dihalau keluar dari tempat proses pengiraan undi dan ada tempat pengiraan undi turut “blackout”. Ini semua mengundang kecurigaan terhadap proses pilihanraya itu sendiri. Apa yang hebatnya menang dalam kecurigaan begini?

Maka, tersangat sadislah pernyataan sokongan mahasiswa terhadap kepimpinan Najib Razak. Pembohongan ini diketahui umum bahkan membuatkan mahasiswa merasa semakin jijik dengan politik gaya UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak.

Ironinya, pimpinan Pro Aspirasi di UKM, USM, UM dan UPSI tidak mengeluarkan apa-apa penafian terhadap kenyataan Najib Razak ini, membuktikan lagi mereka sememangnya tali hayat UMNO dikampus untuk memanjangkan lagi tempoh pemerintahan UMNO dan Najib Razak di Malaysia.

Nasihat saya buat kampus yang masih belum berdepan PRK, ayuh sahut seruan kami ‪#‎tolakUMNOkampus‬ dan percayalah 1 Undi Aspirasi sama dengan 1 Undi untuk Najib Razak.

Ahmad Fahmi Mokhtar
Timbalan Presiden
GAMIS

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!