Barca Menang El Classico, Messi Jaring Hat Trik

messi

Barcelona mancatatkan kemenangan ke atas Real Madrid dalam perlawanan El Classico awal pagi tadi dengan jumlah jaringan 4 berbalas 3.

Lebih manis apabila penyerang profilik pasukan tersebut, Lionel Messi, menjaringkan hat trik dalam perlawanan tersebut dan menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan dua kali hat trik ke atas Real Madrid.

Iniesta menjaringkan gol pembukaan Barcelona dan dua gol Karim Benzema meletakkan Real Madrid di hadapan. Messi menjaringkan gol penyamaan dua minit sebelum separuh masa tamat. Sejurus masa kedua bermula, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol melalui sepakan penalti menjadikan kedudukan 2-3. Sergio Ramos telah dilayangkan kad merah  pada minit ke-63. Messi selepas itu menjaringkan dua gol melalui sepakan penalti sekaligus menjamin kemenangan Barcelona dengan 4-3.

El Classico merupakan antara perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.

 

 

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!