BB1M: Mahasiswa Disaran Manfaat Untuk Akademik

baucar-buku-1m

KUALA LUMPUR : Mahasiswa Malaysia disarankan agar memanfaatkan pemberian Baucer Buku 1Malaysia oleh kerajaan untuk tujuan pembelian buku akademik.

Timbalan Presiden GAMIS, Mohamed Razif berkata baucer tersebut seharusnya dimanfaatkan untuk menampung kos perbelanjaan buku rujukan akademik berikutan kos sara hidup mahasiswa yang makin mencengkam hari ini memerlukan mereka menyimpan wang perbelanjaan harian mereka untuk tujuan lain selain akademik.

“Buku teks rujukan yang diguna pakai pensyarah di kuliah harga sesetengahnya agak tinggi. Oleh itu wajarlah baucer RM250 dimanfaatkan untuk pembelian tersebut,” kata beliau.

“Mulalah dari sekarang untuk mahasiswa belajar berbelanja dengan hemat. Utamakan keperluan berbanding kehendak,” saran beliau lagi.

Beliau turut mengkritik kerajaan apabila gagal menepati janji mengikut Aku Janji BN pada PRU13 yang menjanjikan pemberian baucer dinaikkan kepada RM300.

Dalam masa yang sama, beliau juga mempersoalkan sesetengah pihak yang menuduh mahasiswa mengambil baucer kerajaan dalam masa sama menghentam kerajaan.

“Itu normal. Seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan peruntukan tersebut. Mengkritik amalan rasuah dan kepincangan kerajaan itu hak rakyat. Mahasiswa juga rakyat biasa. Kita yang pilih kerajaan dalam Pilihanraya. Hak kita untuk mengkritik kebobrokan yang berlaku,” ujarnya dengan panjang lebar.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengedarkan Baucer Buku bernilai RM250 kepada seluruh mahasiswa yang menyambung pengajian di kampus Malaysia.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!