BEDAH DOKUMEN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-11

Pada 18 Oktober yang lalu, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan usul di parlimen mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016 – 2020 dengan tema “Keutamaan dan Penekanan Baharu, 2018 – 2020”.

Kajian Separuh Penggal RMK-11 ini telah dibina berasaskan Enam Tonggak utama iaitu,

  1. Mereformasi tadbirurus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran awam.
  2. Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.
  3. Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang.
  4. Memperkasa modal insan.
  5. Mempertingkat kemapanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau.
  6. Memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

GAMIS dengan ini mengambil tanggungjawab untuk mebahaskan Dokumen ini di luar parlimen demi memberikan pendedahan kepada mahasiswa Malaysia agar lebih memahami halatuju politik dan ekonomi negara kita pada masa yang akan datang. Sesi kali ini, kami membariskan Ir Haji Khairil Nizam mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saudara Fakhrul Radzi mewakili suara mahasiswa. Berikut merupakan detail diskusi yang akan dijalankan.

BEDAH DOKUMEN : KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-11

  • Tarikh : 24 Oktober 2018
  • Hari : Rabu
  • Masa : 9.30PM

Akan bersiar secara langsung di page FB rasmi GAMIS, G.A.M.I.S. [Official].

Semua mahasiswa, anak muda, para ilmuan dan rakyat Malaysia dijemput untuk berdiskusi bersama kami.

Sekian.

” Istiqamah Bersama Islam “

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!