Berlabuhnya Tirai Jubli Perak

Logo Jubli Perak Hi-ResoShah Alam : Tepat jam 11 malam semalam, maka berlabuhlah tirai sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS). Sambutan yang diadakan di Universiti Selangor kampus Shah Alam ini menyaksikan ribuan ahli Gamis berkampung selama 2 hari 1 malam disini.

Sambutan Jubli Perak ini mendapat penghormatan besar apabila dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Guru Sheikh Abdul Hadi Awang, Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, serta turut dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Anuar Ahmad.

Sambutan yang berlangsung selama 2 hari ini telah diwarnai oleh siri-siri program yang menarik antaranya ialah Sidang Meja Bulat diantara front-front mahasiswa Malaysia dan Pidato Mahasiswa Antarabangsa yang menampilkan mahasiswa dari Palestine dan Turki dalam membincangkan politik mahasiswa di negara masing-masing.

Masyarakat juga tidak ketinggalan dalam merasai kehadiran GAMIS apabila program Community Kitchen telah berjaya mengedarkan 500 bungkusan makanan kepada 5 buah surau dan masjid yang terpilih di Shah Alam. Selain itu, ahli Gamis juga turut turun ke lapangan bagi menyampaikan penerangan berkenaan Hudud dan street dakwah How do you look in Hijab

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Jubli Perak ini.

‘Terus Melangkah Bersama’

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!