BLACKPINK: KERAJAAN JANGAN LEPAS TANGAN

1. Kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara Islam semakin lama semakin terhakis sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan.

2. Sehingga kini, rakyat belum melihat ketegasan pemimpin kerajaan khususnya beragama Islam apabila timbul isu-isu berkaitan agama atau apa-apa isu berkaitan adat resam di dalam negara.

3. Baru-baru ini, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh rakyat berbangsa Cina di negara kita, sungguh menaikkan kemarahan rakyat beragama Islam. Lebih mengecewakan apabila pesalah tersebut dibebaskan dan diikat jamin oleh polis. Bagaimanakah boleh jadi dengan mudah individu tersebut dibebaskan?

4. Belum habis tentang isu penghinaan Nabi, Malaysia diriuhkan lagi dengan isu konsert artis Korea, ‘Blackpink’ di Stadium Melawati Shah Alam.

5. Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) berasa kesal dengan pihak kerajaan yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur yang ingin membawa masuk artis luar negara sedangkan imej yang dibawa ternyata lebih memberikan keburukan daripada kebaikan.

6. Penampilan penyanyi yang begitu mencolok mata dan tarian yang dipertontonkan sungguh tidak memberi pengaruh yang baik kepada anak muda di negara kita khususnya mahasiswa.

7. Sebagai mahasiswa Islam, budaya ilmu hiburan yang sepatutnya adalah hiburan yang mempunyai roh kerohanian membawa manusia mengingati Tuhan. Menjadi sia-sia kehidupan seseorang itu, apabila perkara yang dilakukannya itu sedikitpun tidak membawa manusia kembali kepada Tuhan.

8. Justeru, beringatlah kita kepada firman Allah SWT di dalam Al Quran Surah Al-Anfal ayat ke 27;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

9. Jadilah pemimpin yang amanah dengan taklifan diberikan dan sesungguhnya pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mentaati Allah, mentaati Rasulullah, mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

10. Firman Allah SWT di dalam Surah Taubah, ayat 71;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan, dan melarang daripada berbuat kemungkaran; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

“SIGMA INSPIRASI UMMAH”

MAIZATUL AFEERAH AYOB
PENGERUSI
SINERGI GERAKAN MAHASISWI
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#SIGMA
#MaraBersamaIslam
#SigmaInspirasiUmmah

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!