Edaran Risalah ‘Cinta High Class’

JEMPUTAN KE EDARAN RISALAH ‘CINTA HIGH CLASS’ OLEH GAMIS SABAH.   JAM 1.30PM – EDARAN BERMULA..   Sempena dengan sambuatan ‘Hari Valentine’ yang bakal disambut tidak lama lagi, GAMIS Sabah telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan program edaran risalah yang bertajuk ‘Raih Cinta High Class’. Program ini akan berlangsung pada 13hb Februari berhadapan Harbor Mall,

UMSKAL: 3 Mahasiswa Digantung 1 Semester

KOTA KINABALU – Tiga orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hari ini yang dihadapkan ke mahkamah universiti dijatuhkan hukuman gantung 1 semester pengajian beserta amaran dari pihak universiti. Tiga mahasiswa terbabit, Muhammad Fadhil, Liyana Zafirah dan Siti Aisyah Naser disahkan dihukum gantung satu semester pengajian oleh pihak universiti kira-kira pukul 6 petang tadi setelah dibicarakan

UMSKAL: AUKU Perlu Ditentang

KUALA LUMPUR – Kewujudan akta 174 dan AUKU bukan sahaja sudah tidak relevan, bahkan ia patut ditentang oleh mahasiswa sehingga terhapusnya ia sepertimana terhapusnya ISA disebabkan perjuangan rakyat. Menurut Najib Abdurrahim, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Selepas dunia mahasiswa digemparkan dengan pendakwaan terhadap saudara Fathihie dari kampus UiTM Sabah di bawah akta 174, dunia mahasiswa digegarkan lagi

UMSKAL: 3 Siswa Dipanggil 3 Hari Sebelum Perbicaraan

KOTA KINABALU – 3 daripada 16 orang mahasiswa UMSKAL yang mendapat pertuduhan melakukan demonstrasi Februari lalu mendapat surat perbicaraan ke mahkamah universiti pada 3 Jun ini. Ketiga-tiga mahasiswa terbabit, iaitu Muhammad Fadhil bin Abdul Ghani, Siti Aisyah Naser, dan Liyana Zafirah menerima surat daripada pihak universiti pada petang Selasa semalam untuk tampil ke perbicaraan mahkamah di

UMSKAL: FlasMob GAMIS Sabah Bantah Kekejaman Universiti

KOTA KINABALU -Sekumpulan mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah telah mengadakan flashmob kebebasan bersuara di Gaya Street, Kota Kinabalu semalam bagi membantah tindakan zalim pihak universiti terhadap 16 mahasiswa UMS KAL. Flashmob yang diketuai oleh Pengerusi GAMIS Sabah, Ahmad Fathihie bermula kira-kira jam 10 pagi semalam disertai oleh hampir 10 orang mahasiswa dari kampus UiTM dan UMS

UMSKAL: GAMIS & Pro-M Kecam Tindakan Universiti

SABAH – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah hari ini mengecam tindakan daripada pihak UMS KAL yang menjatuhkan hukuman terhadap 16 mahasiswa universiti terbabit tanpa melalui proses perbicaraan yang sepatutnya. GAMIS Sabah bersama NGO anak muda dan Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu (Pro-M UMS KK) mengecam tindakan zalim tersebut dan mendesak untuk hukuman ditarik semula

UMSKAL: 8 Mahasiswa Digantung, 8 Bakal Dibicara

SABAH – 8 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) digantung kolej manakala 8 mahasiswa lagi bakal dibicarakan oleh pihak universiti kerana mengadakan himpunan aman pada 26 Februari 2014 yang lalu bagi menuntut premis mahasiswa (Gshop) yang ditutup oleh pihak universiti. Pertuduhan terhadap 16 mahasiswa UMSKAL ini bermula pada 22 Mei 2014 yang lalu dan kesemua tertuduh

GAMIS Sabah Sokong Himpunan Rakyat Bantah GST

Kenyataan media, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS Sabah), Gabungan NGO GEGAR Tahun 2014 ini merupakan tahun getir buat rakyat. Belanja dapur terus meningkat, perbelanjaan harian melambung tinggi, rakyat dikenakan kadar kenaikan yang mendadak pada keperluan harian seperti air, tariff elektrik, astro dan pengangkutan awam malahan lebih teruk apabila GST diperkenalkan. Yang amat mendukacitakan tangga gaji

FlashMob Bantah GST: Tiga Ditahan Polis

SABAH – Tiga mahasiswa ditahan polis kerana mengadakan sudut pidato dan flashmob membantah perlaksanaan GST di perkarangan Gaya Street, bandar Kota Kinabalu Sabah pagi ini. Salah seorang daripada yang ditahan, Ahmad Fatihie yang merupakan Pengerusi GAMIS Sabah memaklumkan perkara berikut terjadi pada pukul 11 pagi tadi. Ketiga-tiganya ditahan reman di balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu,

Roadshow Sabah: Fokus Gerakan Merakyat

SABAH – Roadshow pimpinan GAMIS Pusat ke Sabah tahun ini berhasil menatijahkan perkongsian pintar dan perancangan strategik ke arah gerakan mahasiswa Islam yang lebih efektif dan merakyat. Perkongsian pintar GAMIS Pusat dengan GAMIS Sabah yang dianggotai oleh mahasiswa kampus sekitar Sabah antaranya Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan beberapa kampus lain

Enjoy this blog? Please spread the world!