Tutup Aurat Dengan Sempurna

Allah telah memberi kita garis panduan bagaimana mahu menjaga pergaulan sesama dan berlainan jantina. Antaranya adalah dengan menutup aurat dengan sempurna supaya kita terpelihara daripada fitnah dan dosa. Cuba periksa semula, adakah pakaian kita sudah menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarak? #MadrasahRamadhan #JomJadiLebihBaik GAMISMore Posts

Jaga Pancaindera

Manusia dikurniakan dengan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan lidah untuk berkata-kata. Nikmat ini jika digunakan dengan baik, akan memberi pahala untuk kita. Namun jika sebaliknya pula, azab Allah menanti. Ingat, kita akan dipersoalkan di akhirat tentang setiap nikmat ini. #MadrasahRamadhan #JomJadiLebihBaik GAMISMore Posts

[MENINGKATKAN AMALAN SUNAT]

Bulan Ramadan dikenali sebagai bulan ibadah kerana umat Islam berlumba-lumba untuk menambah amalan mereka yang dijanjikan pahala berganda-ganda. Kita digalakkan untuk memperbanyak bacaan al-Quran, sedekah dan menghidupkan 2/3 malam kerana amalan ini akan diberi ganjaran seperti amalan fardhu! Di samping itu, hubungan sesama manusia juga perlu dititikberatkan seperti senyum, menahan marah dan mengajak kepada kebaikan.

TINTA RAMADHAN 8.0 (8 Ramadhan 1439H/24 Mei 2018M)

PERSOALAN : APAKAH PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADHAN❓ 1⃣ Menyegerakan berbuka jika telah yakin matahari telah terbenam. 2⃣ Bersahur walaupun dengan seteguk air, walaupun telah kenyang. 3⃣ Melambatkan bersahur tetapi tidak terlalu lambat. Dan disunatkan imsak (menahan diri) dari memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat (lebih kurang 15 minit) sebelum terbit fajar. 4⃣ Berbuka dengan rutob

[MEMPERBAIKI AMALAN FARDHU]

Amalan fardhu merupakan ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadan. Pahala menunaikan amalan fardhu ketika bulan Ramadan ialah digandakan sehingga 70 kali ganda! Betapa beruntungnya bagi sesiapa yang merebut peluang ini. Tingkatkan kualiti ibadah dengan menyempurnakan setiap rukun, menunaikannya dengan penuh khusyuk dan tawaduk. #MadrasahRamadhan #JomJadiLebihBaik

TINTA RAMADHAN 7.0 (7 Ramadhan 1439H/23 Mei 2018M)

MUJAHADAH MELAWAN HAWA NAFSU Di Bulan yang mulia ini adalah bulan yang paling sesuai untuk kita mujahadah atau melatih nafsu kita untuk melakukan perkara-perkara mahmudah dan meninggalkan perkara-perkara mazmumah. Walaupun syaitan di belenggu di bulan yang mulia ini, tetapi makhluk bernama nafsu ini masih lagi berlegar legar di dalam diri manusia. Itulah sebab banyak manusia

[KEMPEN JOM JADI LEBIH BAIK]

Ramadan hadir seakan-akan madrasah yang mendidik hati dan jasad agar patuh kepada Sang Pencipta. Tiada beza antara kaya dengan miskin, pemimpin negara dengan rakyat marhaen; hanya taqwa menjadi jurubicara di hari pembalasan kelak. Pastikan bulan mulia ini sebagai titik perubahan kita ke arah muslim yang lebih baik. #MadrasahRamadhan #JomJadiLebihBaik GAMISMore Posts

[TINTA RAMADHAN 5.0] (5 Ramadhan 1439H/21 Mei 2018M)

RAMADHAN BULAN UKHUWWAH ISLAMIYAH Bulan Ramadhan adalah bulan persamaan dan kesamarataan. Umat Islam akan mengalami persamaan dengan saudara seiman dengan berpuasa yaitu sama-sama lapar dan kenyang serta dalam banyak hal lagi. Dari sini, akan lahir rasa persaman yang akan melahirkan rasa persaudaraan ukhuwwah islamiyyah. Berpuasa pada bulan Ramadhan juga akan melahirkan empati kepada saudara-saudara yang

TINTA RAMADHAN 4.0 (4 Ramadhan 1439H/ 20 Mei 2018M)

IMAM MALIK MENANGIS KETIKA BERBUKA PUASA Pernah diceritakan oleh seorang ulama, Syeikh Imran Angulia Hafizullah, berkenaan kisah Imam Malik Ibnu Anas Rahimahullah. Pada bulan Ramadhan, ketika hendak berbuka puasa, dihidangkan kepadanya makanan yang banyak. Tiba-tiba dia menangis. Orang pun pelik lalu bertanya, “wahai Imam, mengapa Imam menangis?” Imam Malik menjawab, “ketika aku lihat makanan ini.

TINTA RAMADHAN 3.0 (3 Ramadhan 1439H/19 Mei 2018M)

PERSOALAN: APAKAH PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA? Menurut mazhab Imam Syafie: 1⃣ Merasai makanan tanpa ada kepentingan. Kalau untuk tukang masak, boleh jika tidak telan dan tidak makruh. 2⃣Terlalu kenyang ketika sahur. 3⃣Banyak tidur waktu siang. 4⃣Memakai celak ketika puasa. 5⃣Memakai wangian, dengar muzik, tonton televisyen. Namun, sunat pakai minyak wangi ketika sebelum fajar atau setelah

TINTA RAMADHAN 2.0 (2 Ramadhan 1439H/18 Mei 2018M)

BERTRANSAKSI ROHANI DENGAN BERSEDEKAH SETIAP HARI Buat semua sahabat yg dirahmati Allah, Imam Ibnu Atho’illah menegaskan di dalam kitab Taj al-‘Arus bahawa ketika matahari terbenam, pastikan engkau telah bertransaksi dengan Allah SWT. Bersedekahlah setiap hari, meskipun hanya seperempat dirham agar engkau tercatat dalam golongan kaum yang gemar bersedekah. Jangan sesekali kau katakan, “Kalau hanya mempunyai

TINTA RAMADHAN 1.0 (1 Ramadhan 1439H/17 Mei 2018M)

MERAIH TAQWA & KESUCIAN JIWA DENGAN PUASA RAMADHAN Alhamdulillah syukur kerana kita telah terpilih oleh Allah untuk memasuki bulan istimewa, Bulan Tarbiyah Ramadhan kali ini yang mana di dalamnya terdapat kursus atau latihan khas selama 30 hari yg tidak terdapat pada bulan-bulan yg lain. Allah Ta’ala berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا

Enjoy this blog? Please spread the world!