DAKWAH TUGAS WAJIB SEORANG MUSLIM

DAKWAH TUGAS WAJIB SEORANG MUSLIM

25 Februari 2019M | 20 Jum. Akhir 1440H

Alhamdulillah telah selesai menghadiri kursus dakwah selama dua hari berturut-turut. Wakil GAMIS Nasional daripada Jabatan Perpaduan Nasional & Majlis Dakwah dan Kebajikan telah menyertai satu kursus dakwah intensif di bawah anjuran Global Unity Network. Kursus tersebut dikenali sebagai Fundamentals & Basics of Interfaith siri 1 yang diadakan khas untuk individu-individu Muslim yang mempunyai keinginan belajar ilmu dakwah secara teori dan praktikal.

Kursus tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pendakwah dalam menyampaikan dakwah kepada golongan-golongan yang Belum Islam. Turut dikongsikan tentang teknik menjawab soalan lazim yang sering ditanyakan oleh golongan Belum Islam, kesedaran dalam menyampaikan dakwah, kepelbagaian agama dan sebagainya.

GAMIS juga tidak mengenepikan soal membawa manusia kembali kepada Agama Rahmah. Sebagaimana para sahabat semasa hayat mereka berusaha membawa seramai mungkin manusia dan memperkukuh pengaruh Islam.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur Global Unity Network atas anjurannya. Kursus ini sangat memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya kepada mahasiswa supaya ia dapat melahirkan kesedaran dalam menyampaikan dakwah. Semoga Islam terus berkembang ke sekalian alam.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
(Riwayat Ibn Hibban)

”MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!