DEBAT MANIFESTO CALON PRK USIM DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Nilai : Tarikh 23 Oktober 2018 telah menjadi tarikh bersejarah buat mahasiswa USIM apabila Program Debat Manifesto yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Undang-Undang dan Syariah USIM (LAWSOC). Program pada malam ini telah menjadi satu lonjakan baru kepada hidupnya PRK USIM yang selalunya dikatakan hambar oleh mahasiswa USIM dan mahasiswa lain di seluruh negara. Budaya berpolitik secara hujah dan matang ini wajar menjadi contoh kepada mahasiswa – mahasiswa yang lain yang sedang berhadapan dengan musim PRK.

Walaupun tidak ramai calon PRK USIM yang menyertai debat ini namun ia adalah satu permulaan yang baik dan mesti diteruskan agar pendidikan politik di USIM terus subur dan memberikan manfaat kepada masyarakat kampus untuk memilih MPP yang berwibawa untuk mereka.

Empat Calon yang menyertai debat Manifesto.

Seramai empat calon yang bertanding telah mneyertai debat pada malam ini iaitu, saudara Muhsin Hatmi calon umum no. 1, Iskandar calon umum no. 5, Arif Hakimi calon umum no. 15,  Danial calon umum no. 13. GAMIS mengucapkan tahniah kepada 4 calon-calon ini kerana telah menyertai debat manifesto malam ini. Ini adalah bukti bahwa kalian bersedia untuk memimpin dan membahaskan hujah dalam mempertahankan idea ketika memberikan khidmat kepada mahasiswa USIM.

Selamat berkempen kami ucapkan. Siiru ala barakatillah.

” Istiqamah Bersama Islam ”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!