Diari Ramadhan Anak Muda : D-Force Ramadhan

10538543_440915572716150_9138776854748535324_nJulai 14,2014 – Kuala Lumpur : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia telah merancakkan lagi aktiviti Diari Ramadhan Anak Muda dengan program D-Force Ramadhan di Kampung Chubadak dan Kampung Pauh Seberang.

Program yang bermula pada jam 5 petang dimulakan dengan pengagihan sumbangan pada 15 keluarga yang memerlukan di Kampung Pauh Seberang. D-Force diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa bersama Pak Cik Halim dan Mak Cik Wahida, antara sosok pejuang tegar Kampung Chubadak.

Pada malamnya pula diisi dengan terawikh dan moreh bersama-sama penduduk Kampung Pauh Seberang di Surau Hidayatul Islamiyah. Satu sesi dialog bersama penduduk Kampung Pauh Seberang juga diadakan dengan ucapan dari Pak Cik Daud , Abdul Malik (Presiden GAMIS) dan Cikgu Ishak (Presiden Muafakat). Ternyata nasib kampung ini tidak ada bezanya dengan Kampung Chubadak yang mana tanah rizab Melayu tetap menjadi taruhan kerajaan. Program diakhiri dengan sumbangan sebuah kerusi roda kepada anak Pak Cik Daud.

Dalam sesi dialog, GAMIS melalui Presidennya menegaskan komitmen untuk bersama-sama penduduk dalam mempertahankan Kampung Warisan Kuala Lumpur.

Tegasnya,”Mahasiswa akan terus bersama dengan penduduk untuk menjadi benteng atau front liner dalam mempertahankan Kampung Warisan Kuala Lumpur”

Sementara itu, Cikgu Ishak memberi respon terhadap tindakan GAMIS akan memberikan perubahan kepada penduduk kampung.

” Yakinlah, bila pemuda dan pemudi bangkit ke depan dalam memperjuangkan sesuatu, pasti akan berlaku perubahan”, katanya dalam sesi dialog tersebut.

GAMIS akan tetap terus bersama dengan nadi masyarakat bagi mengelakkan penindasan daripada terus berleluasa. Seharusnya kerajaan mengekalkan Kampung Chubadak , Kampung Pauh Seberang dan saki baki kampung warisan melayu di Kuala Lumpur demi survival umat islam di bandar.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!