Diskusi Hudud Batal Lagi!

IMG-20140515-WA0083GOMBAK – Diskusi bertajuk Perlaksanaan Hudud: Antara Mainan Politik & Tuntutan Agama anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIA SRC IRKHSS buat kali kedua dibatalkan setelah disekat oleh unit keselamatan UIA.

Forum yang menampilkan Dr Fathi Yusof, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr Syamrahayu, pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa tersebut disekat setelah diserbu oleh kira-kira 5 pengawal keselamatan dengan alasan “arahan pihak atasan.”

Seorang pegawai keselamatan yang mendakwa merupakan anggota unit khas yang menjaga hal ehwal pelajar UIAM berunding dengan ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Firdaus Bakar supaya menghentikan program diskusi terbabit kerana mendakwa ia tidak mendapat kelulusan.

Penceramah yang dijemput, Dr Fathi Yusof malah diarahkan meninggalkan kampus UIA.

Turut sama Presiden GAMIS, Abdul Malik turut sama berunding dengan pihak keselamatan namun mereka enggan memberi ruang untuk meneruskan program.

“Kami takkan hentikan usaha memberi penerangan dan memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa berkaitan isu ini walaupun disekat beberapa kali,” ujar Malik.

Semalam program yang membincangkan isu yang serupa anjuran persatuan Kuliyyah Ilmu Wahyu turut disekat oleh pihak keselamatan dengan alasan yang sama. Namun program diteruskan di tengah laluan orang ramai.

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!