DOKUMEN SOLUSI KAMPUS : ARUS BAHARU BUAT MAHASISWA

Permasalahan mengenai kebajikan mahasiswa di kampus sering kali diulang zikir sama ada oleh mahasiswa sendiri, Majlis Perwakilan Pelajar atau juga pentadbiran. Perkara-perkara yang diketengahkan oleh beberapa pihak ini, kita kira rata-ratanya berkisar soal punca dan masalah sahaja.

Oleh yang demikian, dengan melihat permasalahan-permasalahan ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) tampil dengan mengemukakan satu dokumen berbentuk solusi, seiring dengan menyambut seruan Budaya Baru Politik Mahasiswa (BBPM) diberi nama sebagai Dokumen Solusi Kampus (DSK).

DSK merupakan sebuah dokumen yang memuatkan kompilasi solusi yang dilontarkan cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak iaitu antaranya MPP dan Persatuan Mahasiswa Islam kampus-kampus di seluruh Malaysia dan entiti-entiti politik mahasiswa menerusi beberapa siri perjumpaan. Selain daripada itu, tokoh-tokoh akademik dan pengurusan universiti juga turut terlibat sama dalam melontarkan idea-idea bagi memastikan kandungan DSK ini relevan diimplimentasikan di peringkat kampus.

GAMIS menerusi DSK pada kali ini memuatkan 3 persoalan kebajikan mahasiswa iaitu Skop Kewangan, Skop Pilihanraya Kampus (PRK) dan Skop Pelestarian Kelab dan Persatuan Mahasiswa. Persoalan yang dipilih ini kami sifatkan sebagai persoalan yang dapat membantu MPP dalam menjalankan gerak kerja setelah dilantik sebagai MPP di kampus masing-masing, dan perkara inilah sebenarnya yang menjadi hasrat utama DSK dirangka.

Kami di peringkat GAMIS berharap usaha kecil ini mampu memberi sumbangan kepada kebajikan mahasiswa. Kita sememangnya mengharapkan standard dan kualiti kehidupan mahasiswa di kampus dapat ditingkatkan.

“Melangkah Bersama Islam”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!