DUA BULAN PENIPUAN, GAMIS TAGIH JANJI WAN SAIFUL

1. Kenyataan 26 November 2018, Berita Harian mengulas kenyataan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan telah mengkritik langkah GAMIS mendesak peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik dan Wan Saiful Wan Jan sebagai melawan arus Budaya Baru Politik Mahasiswa (BBPM).

2. Janji seterusnya dibuat bagi mengunci amukan GAMIS kononnya sudah tercabut budaya politik berteraskan diplomasi, “Pada Disember ini, PTPTN akan mengadakan sesi penerangan bersama pemegang taruh di seluruh negara dan GAMIS adalah salah satu daripada pemegang taruh yang akan dipanggil.”

3. Dua bulan telah berlalu, mahasiswa ditipu lagi. Tidak wujud sesi dialog yang kononnya mahu mengambil kira maklum balas semua pemegang taruh. Sehingga hari ini, kerajaan masih membisu setelah tindakan gopoh memperkenalkan skim Potongan Gaji Berjadual (PBG) dan membuat siri U-turn dengan mengumumkan penangguhan mekanisme pembayaran baharu PTPTN.

4. GAMIS memberi amaran, sekiranya kerajaan masih tidak serius berdepan isu PTPTN ini, kami anak muda akan terus mendesak peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik dan Wan Saiful Wan Jan.

5. Jika selama ini GAMIS telah bersuara melalui aksi ‘Jalan-jalan PTPTN’ dan juga serahan memorandum, GAMIS akan terus desak Sdr Wan Saiful Wan Jan untuk terus melaksanakan janji-janji manisnya berbanding pandai berkata-kata.

“MARA BERSAMA ISLAM”

MUHAMMAD IKHWAN NASYRIQ BIN SALAHIN
PRESIDEN
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!