Dual Language Programme

POST UTAMA: [DUAL LANGUAGE PROGRAMME]

Setelah sekian lama bahasa Melayu berjaya dimartabatkan oleh semua lapisan warga negara Malaysia, kini pemimpin Melayu menggantikannya dengan Bahasa Inggeris sebagai bahas pengantar pendidikan. Wajarkah hal ini berlaku?DLP

PENDAHULUAN

– Surat Pekeliliing yang bertajuk “Pelaksanaan Sekolah Rintis Dual Language Programme (DLP) Tahun 2016” yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPMSP pada November tahun lalu telah diedarkan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Motif pengenalan DLP ini kononnya dikatakan sejajar dengan usaha kearah pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

– DLP merupakan sistem yang dijalankan kepada 300 buah sekolah perintis iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang terpilih bermula Januari. Melalui sistem ini, sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dwibahasa. Pesoalannya, adakah DLP releven untuk dilaksanakan?

DLP 1

POSTER 1: DLP HANYALAH BAYANGAN SEMULA PPSMI

– DLP secara signifikannya hanyalah pintu belakang yang ingin mengembalikan semula ‘Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)’ yang telah terkubur pada Julai 2009 yang lalu. Kegagalan sistem PPSMI yang diakui sendiri oleh kerajaan telah menganiaya sebahagian besar golongan pelajar sekolah. Hal ini menjadi kayu ukur bantahan terhadap DLP.

– Impak negatif melalui sistem PPSMI suatu ketika dahulu terbukti melalui kegagalan pengajaran & pembelajaran Matematik & Sains menggunakan bahasa Inggeris di samping telah melibatkan kos yang sangat besar. Setelah berjalan beberapa tahun, dasar PPSMI yang bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar didapati gagal mencapai objektifnya. Beberapa kajian yang dilakukan oleh tokoh pendidikan dan tokoh bahasa menunjukkan bahawa PPSMI tidak berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar, malah kesan sampingan yang dibawanya lebih membimbangkan kerana penguasaan ilmu sains dan matematik pelajar turut menurun.

– Dasar ini juga gagal kerana kebanyakan guru sains dan matematik itu mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah. Selain itu, murid juga menghadapi kesukaran untuk memahami ilmu sains dan matematik kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat lemah. Jikalau Dasar DLP ini dilaksanakan, pengalaman kegagalan PPSMI akan berulang kepada murid-murid SK di mana prestasi Sains dan Matematik murid-murid SK jauh lebih rendah dari SJKC.DLP 2POSTER 2: PENCABULAN TERHADAP DASAR BAHASA KEBANGSAAN

– DLP sebenarnya menafikan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar, Bahasa Rasmi dan bahasa perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152.

– Dasar DLP bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 (1), 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967. Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550). Pada hakikatnya DLP adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan perkara 152(1) yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perkara 152 (6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara ini. “Maksud rasmi”, ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

– Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telah diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta 32) seperti berikut:“Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain dalam Malaysia, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi”.

– Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 “Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta Pendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama seperti berikut:

1) Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

2) Jikalau bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan adalah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan.Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secara utamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.DLP 3POSTER 3: STATUS PELAKSANAAN PPSMI DAN SUMBANGANNYA TERHADAP PENINGKATAN BAHASA INGGERIS MURID-MURID MEROSOT

Berikut adalah dapatan kajian mengenai keberkesanan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah semasa PPSMI dilaksanakan.

Sekolah Rendah:
Didapati sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya MENYUMBANGKAN peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara untuk Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.

Sekolah Menengah Aliran Sastera:
Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbangkan peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

Sekolah Menengah Aliran Sains:
Hanya 2 mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.
Oleh itu dapatan melalui analisis regresi berganda, jelaslah bahawa sumbangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya mampu menyumbangkan pada tahap paling minimum, iaitu kurang daripada 4 peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya. memahami buku teks dan buku kerja dalam BI yang dibekalkan kepada mereka. Manakala, kajian fasa 2 pula menunjukkan hanya 10-12% sahaja guru menggunakan Bahasa Inggeris.DLP 4POSTER 4: PERLAKSANAAN DLP SECARA TERGESA-GESA

– Bantahan juga disuarakan oleh Presiden, Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Dato’ Haji Abdul Raof b. Hussin dengan menyenaraikan sepuluh point utama yang perlu ditelili kembali. Antara kenyataan beliau ialah pelaksanaan DLP tidak terancang dengan rapi. Ia berasaskan kepada persepsi dan prasangka melulu, dan tidak dirundingkan dengan golongan pendidik, cendekiawan profesional, pejuang-pejuang bahasa, tokoh-tokoh sasterawan Negara, NGO-NGO Melayu, Kesatuan dan Persatuan Guru, Pengetua dan Guru Besar dan guru-guru, pendidik-pendidik yang akan dipertanggungjawabkan melaksanakan program ini.

MAJLIS PENERANGAN DAN INFORMASI
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA
GAMIS 16’17

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!