el-Sisi Sah Bertanding Presiden Mesir

2014311631467734_20

Mesir :  Abdel Fattah el-Sisi, jeneral yang menyingkirkan Presiden pertama Mesir yang dipilih secara bebas Julai lepas, Mohammed Morsi,  telah mengisytiharkan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden Mesir akan datang.

Beliau dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya Presiden Mesir selepas menggulingkan Presiden Mohammed Morsi pada Julai tahun lalu. Sekiranya beliau menang, Sisi akan meneruskan tradisi Presiden Mesir dipilih dalam kalangan ketua tentera sejak monarki negara itu digulingkan pada tahun 1952.

Memakai seragam tentera dan bercakap di  kaca televisyen, Sisi berkata ini adalah kali terakhir dia akan memakai pakaian seragam tentera dan akan melepaskan pakaian seragam untuk mempertahankan negara dan bertanding dalam pilihan raya yang dijangka akan dilaksanakan bulan hadapan.

“Saya telah menghabiskan sepanjang hidup saya sebagai seorang askar demi negara . Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Mesir, dan sokongan  daripada anda merupakan suatu penghormatan daripada saya,” katanya

Mesir yang mempunyai penduduk teramai di dunia Arab, berdepan keganasan yang melanda negara itu sejak kejatuhan Morsi pada tahun lalu. Lebih 1,000 orang dengan kebanyakannya anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Morsi, terbunuh dalam pertempuran jalanan sejak setahun lalu.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!