Falsafah Ramadhan

Setiap ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kita seperti puasa, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi, selain merupakan jalan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya dan tunduk kepada perintahNya serta menyahut seruanNya, ibadah juga memiliki nilai-nilai sampingan yang amat penting.

Ia akan kembali kepada diri kita sendiri mahupun kepada masyarakat. Ia akan memberi kesan yang positif dan tarbiyah yang baik untuk individu mahupun masyarakat keseluruhannya. Puasa adalah salah satu daripadanya yang memberi tarbiyah secara individu mahupun masyarakat.

gamis ramadhan
Peranan puasa dalam menjaga kesihatan

Adalah suatu yang disepakati bahawa perut adalah sumber sebahagian penyakit jika penggunaannya tidak dikawal. Maka amat sinonimlah kewajipan puasa dengan pencegahan penyakit tertentu. Puasa daripada sudut kesihatan membawa banyak manfaat bagi tubuh badan manusia. Sebahagian doktor-doktor pakar non-muslim di dunia barat dan  India sering menganjurkan pesakit-pesakit mereka untuk melakukan puasa bagi  menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tambahan itu, puasa juga mampu bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia selain berpuasa juga akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat lebih sihat.

Manfaat Puasa Kepada Orang yang Berpuasa
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa
(Al Baqarah:183).

Sepertimana yang telah difirmankan Allah dalam ayat di atas, cukup untuk kita faham bahawasanya falsafah puasa kita yang sebenar ialah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah S.W.T kerana taqwa adalah tiket untuk ke syurga. Segala timbunan harta di dunia dan anak-anak tidak lagi bermanfaat di sana nanti. kecuali jika semua itu dijadikan bekalan kebajikan dan pahala di hadapan Allah.

Firman Allah S.W.T

“Hari (akhirat) ialah hari yang tiada guna lagi harta dan anak-anak, kecuali orang2 yang pulang mengadap Tuhannya dalam keadaan Qalbun Salim (Jiwa yang sejahtera) ”

Mereka adalah hamba Allah yang mendapat rahmatNya lantas ketaqwaan mereka kepada Tuhan Maha Pencipta ketika kehidupan di dunia.

Bagaimana Ramadhan Membentuk Muslim Menjadi Bertaqwa ?

Surah Ali-Imran ayat 17 memberikan jawapannya:
 “Orang2 yang sabar, yang benar, yang tetap dalam ketaatan, yang menafkahkan (sebahagian dari harta mereka) dan orang2 yang bangun minta ampun di waktu sahur”

1. Sabar


Puasa mengajar kita erti sabar yang berterusan. Kita dituntut untuk sabar menahan dahaga dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari. Sabar terhadap menurut keinginan hawa nafsu melulu. Sabar sebagai seorang miskin dan sabar juga diajar kepada mereka yang berada. Hidup ini penuh dugaan dan semuanya menguji diri dan meruntun kesabaran.
2.Benar (Sidiq)
Orang-orang yang berpuasa hendaklah jujur dalam berpuasa, perkataan, tingkah lakunya, ketika berniaga, malah jujur dalam semua hal dan bidang. Sabda Nabi S.A.W,
“Peniaga yang jujur duduk seperti ini dengan aku di syurga” sambil menunjuk isyarat 2 jari  dirapatkan (telunjuk dan jari hantu).
Begitu dekat gambaran orang yang jujur dengan Nabi. Sesungguhnya nilai kejujuran ada dalam hati dan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.
3. Qonitin. (Sentiasa dalam ketaatan)

Falsafah puasa mendidik kita supaya sentiasa berada dalam ketaatan yang berterusan Dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal hidayah, hinggalah meninggal dunia. Itulah teras ibadah di bulan Ramadhan. Siang berpuasa, malam bertarawikh dan qiamullail, kemudiannya ditambah lagi dengan bersedekah dan mengeluarkan zakat. Ini semua adalah perjuangan dalam  melaksanakan ketaatan kepada Allah S.W.T. Menjaganya bukan mudah dan ianya memerlukan kekuatan dalaman dan sokongan dari luar.

4. Menginfaqkan Harta dan Berzakat

Allah mewajibkan ke atas kita puasa supaya yang kaya antara kita akan merasai bagaimana kehidupan yang dialami oleh orang-orang yang susah antara kita. Ini akan menimbulkan sifat tawadhu, zuhud dan rendah diri orang yang berada dan akan membuat mereka tidak merasa bakhil untuk mengeluarkan harta mereka membantu orang-orang yang memerlukan. Tambahan pula sabda Nabi S.A.W :
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. “
 (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).

Menurut Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah sebagai penyucian bagi orang yang berpuasa dari perkataan yang tidak ada manfaatnya dan perkataan keji dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin.
5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Orang yang berpuasa, sebagai pelengkap kepada puasa, agar benar-benar sempurna ibadah di bulan Ramadhan dan terlepas dari dosa, lalu dari azab kubur dan neraka, mereka bertahajjud dan bermunajat kepada Allah S.W.T. Memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.  

Sabda Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah r.a:

If you fail to follow your doctor’s advice, if one thing goes wrong in that complicated exchange between your cardiovascular. Transfer information Medicine-Postmenopausal to users of other networks freely or using our online doctor service.

Barangsiapa berdiri mengerjakan solat malam di bulan ramadhan kerana iman dan kerana mengharap akan ganjaran daripada Allah ,diampunilah dosanya yang telah lalu.”
(H.R. Al Bukhary dan Muslim)

Demikianlah Ramadhan membentuk falsafah tersendiri dalam melahirkan muslim yang bertaqwa. Sehubungan dengan itu marilah kita pertingkatkan amalan dan menempuh madarasah tarbiyah ini dengan penuh sifat penghambaan kepada Pencipta agar Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dalam kehidupan kita daripada sebelumya.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!