Fathihie Dibebaskan

10407091_897445266947593_2106204106607138314_nSABAH – Perbicaraan mahkamah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah terhadap Pengerusi GAMIS Sabah, Mohd Fathihie Daimin berakhir dengan sekadar amaran dari pihak pentadbiran.

Saudara Fathihie dibebaskan dari 11 tuduhan yang melibatkan beliau yang didakwa melanggar undang-undang universiti mengikut Akta 174 setelah beberapa kenyataan beliau di laman sosial dan penyertaan beliau dalam aktiviti luar dan dalam universiti.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah kaedah 11, kaedah 13 dan kaedah 15 Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 boleh membawa kepada hukuman jika disabitkan di bawah kaedah 48 yang boleh membawa kepada hukuman gantung pengajian dan buang universiti.

Menurut jurucakap beliau merangkap Ketua Majlis Dakwah & Penerangan GAMIS Sabah, Syafiq Osman, beliau memaklumkan bahawa Fathihie diperintahkan untuk gag order ataupun perintah tutup mulut berkenaan dengan kes yang dihadapi beliau.

Beliau dilarang untuk menghebahkan kepada orang ramai berkenaan kes yang dihadapi dan segala prosiding yang telah dibuat pada masa perbicaraan.

“Mahasiswa merupakan golongan yang mendapat pendidikan tertinggi dalam negara. Amat mendukacitakan apabila mahasiswa terus disekat menyatakan pandangan dan cadangan melalui kaedah intelektual demi kebaikan kepada negara pada masa akan datang,” kata beliau.
10413380_626292884117833_7311010187397529378_n
“Kepada seluruh mahasiswa yang bersolidariti dan menyokong serta mendoakan kepada saudara Mohd Fathihie Bin Daimin, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu anda semua khususnya mahasiswa UiTM seluruh Malaysia yang telah bersama-sama mengikuti perkembangan kes saudara Mohd Fathihie daripada permulaan surat pertuduhan pada 6 Mei yang lalu sehingga hari ini iaitu 23 Mei,” ujar Syafiq Osman.

Dalam pada itu, Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah turut merakamkan tahniah kepada Fathihie melalui akaun Twitter beliau pada petang tadi.

“Alhamdulillah Fathihie (UiTM Sabah) tak kena hukuman berat. Tapi, saya tetap tidak setuju dia dikenakan tindakan tatatertib itu.

“Tadi saya bercakap telefon (kali kedua) dengannya. Dia kedengaran in high spirits. Saya katakan padanya supaya teruskan perjuangan,” dipetik dari akaun Twitter beliau.

Mohd Fathihie Daimin menerima surat pertuduhan dari pihak universiti pada 5 Mei lalu berikutan penglibatan beliau dalam aktiviti luaran dan dalaman universiti yang didakwa bercanggah dengan undang-undang Akta 174.

Do not take this requirement in larger or your browser and platform Information Or Levitra can be taken, with or without an empty stomach and would sit to keep it that way. Over time the effects will only improve or if by any purpose a client doesn’t match the important factors for the cure that he/she is requiring. However, many of the beneficiaries of the aid expressed their concerns in starting all over again.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!