Fenomena Supermoon

14992075_841765392631164_5177607234129901422_n

Orang ramai di Malaysia bakal menyaksikan fenomena Supermoon luar biasa bermula jam 7.24 malam nanti.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam.

Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.

Fenomena supermoon pada kali ini dikatakan lebih luar biasa dari sebelumnya disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.

Fenomena ini boleh dilihat di mana keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa.

Jadi, pastikan semua sudah mempunyai tempat yang jelas untuk melihat supermoon malam nanti dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Sumber: Angkasa

Majlis Penerangan GAMIS

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!