FlashMob Bantah GST: Tiga Ditahan Polis

10308171_1489383274610275_1102215334624336231_n
SABAH – Tiga mahasiswa ditahan polis kerana mengadakan sudut pidato dan flashmob membantah perlaksanaan GST di perkarangan Gaya Street, bandar Kota Kinabalu Sabah pagi ini.

Salah seorang daripada yang ditahan, Ahmad Fatihie yang merupakan Pengerusi GAMIS Sabah memaklumkan perkara berikut terjadi pada pukul 11 pagi tadi. Ketiga-tiganya ditahan reman di balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah untuk menunggu siasatan.

Dua orang lagi tahanan ialah saudara Khairuddin dan Firman dari NGO GEGAR.10258667_1489375684611034_6170627130807109153_n

Flashmob Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) di Sabah diadakan setelah diadakan sidang media semalam bagi menyatakan sokongan kepada Himpunan 1 Mei yang akan diadakan di Kuala Lumpur oleh NGO-NGO dan seluruh rakyat Malaysia.

Kira-kira 30 mahasiswa dan anak muda yang terdiri daripada gabungan NGO GAMIS Sabah dan GEGAR berkumpul di perkarangan Gaya Street, bandaraya Sabah memegang sepanduk dan mengadakan sudut pidato mendedahkan kepincangan pelaksanaan cukai GST oleh kerajaan Malaysia yang mencengkam rakyat.

Ketiga-tiga tahanan muda terbabit dijangka direman selama sehari dan akan dibebaskan pada hari esok.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!