Fokus Pembinaan Kualiti Mahasiswa Islam

20140302_130902IPOH, Ahad – GAMIS 14/15 memfokuskan perencanaan program-program meningkatkan kualiti mahasiswa Islam hari ini melalui institusi-institusi yang akan diperkenalkan pada tenure kepimpinan kali ini.

Program latihan kepimpinan dan penguasaan kemahiran-kemahiran khusus akan dibumikan ke kampus-kampus seluruh Malaysia demi memastikan mahasiswa Islam di kampus-kampus Malaysia sentiasa bersedia untuk menjadi generasi pemimpin akan datang.

Antara institusi yang akan diperkenalkan antaranya ialah Institusi Negarawan dan Institusi Saidina Umar yang memfokuskan kepada melahirkan pemimpin karakter muslim dengan acuan tarbiyyah melalui qudwah dan teladan dari ulama’ dan tokoh-tokoh Ilmuwan Islam. Selain itu, melalui institusi ini, mahasiswa Islam ahli GAMIS khususnya akan dilatih dari sudut pendidikan politik, pengurusan isu semasa, kaedah penyelidikan dan pelapis kepimpinan.

Dalam masa yang sama, di peringkat muslimat melalui Sinergi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA), Nurul Shifaah selaku Pengerusi SIGMA menekankan aspek pemerkasaan pendidikan dan keilmuan dalam membentuk sinergi muslimat yang lebih karismatik dalam mendepani semasa.

Bercakap dalam pertemuan mahabbah GAMIS Pusat dan GAMIS Negeri Perak, Presiden GAMIS Abdul Malik mengharapkan komitmen dan sokongan padu di peringkat GAMIS Negeri untuk menyahut isu-isu yang diketengahkan oleh GAMIS Pusat.

Pertemuan mahabbah tersebut berlangsung di Ipoh Perak. GAMIS akan meneruskan siri jelajah kampus ke seluruh Malaysia untuk bertemu dan merancang pelan gerakan yang lebih dinamik dari semasa ke semasa.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!