GAMIS Bantah Sekatan Bagi Hak Kebebasan Bersuara Mahasiswa

15 FEB 2016

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan menyatakan bantahan terhadap tindakan Hal Ehwal Pelajar Univiersiti Malaya buat 6 orang mahasiswa mereka yang dihadapkan ke mahkamah universiti pada 15 Februari 2016. Mereka dikenakan pertuduhan: (i) membuat satu representasi kepada media tanpa kebenaran pihak universiti, dan (ii) memudaratkan nama baik universiti.

GAMIS berpendirian bahawa pertuduhan ini sama sekali tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang didokong dalam Islam. Adakah wajar mahasiswa dihalang daripada menyatakan pandangan kepada umum berkenaan isu yang melibatkan kepentingan mereka?Bukankah ruang bersuara ini seharusnya dijamin dan dihormati oleh pihak universiti?

Seharusnya pihak universiti mendengar suara pelajar dan menjelaskan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan pelajar yang berkaitan dengan kebajikan mereka, bukan mengambil tindakan pada pelajar yang bersuara.

Langkah pihak universiti yang menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) merupakan suatu bentuk kezaliman kepada mahasiswa.Kami melihat tindakan ini merupakan satu lagi siri pencabulan kepada hak mahasiswa yang makin menjadi-jadi.

GAMIS bertekad untuk terus menolak sebarang bentuk kezaliman dan sekatan kepada mahasiswa.

“Bersama Melangkah, Menuju Perubahan”

Muhammad Afiq bin Awang Bakar
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!