GAMIS BERPENCAK DI PENTAS ANTARABANGSA

 

AlhamduLillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana mempermudahkan delegasi GAMIS untuk mewakili Mahasiswa Malaysia ke Persidangan Antarabangsa dan Asean. GAMIS telah menghantar Delegasi ke dua-dua persidangan yang berlangsung serentak.

Delegasi GAMIS ke Istanbul, Turkey diketuai oleh Presiden GAMIS sendiri ke Persidangan Mahasiswa Antarabangsa bertemakan “Al-Quds” membicangkan tentang bantuan terhadap Palestin bagi mahasiswa seluruh Negara. Antara yang menarik, kesepakatan bersama seluruh perwakilan untuk mengadakan Hari Palestin di Negara masing-masing pada tarikh yang sama. Banyak lagi yang dibincangkan sekitar isu Palestin.

Delegasi GAMIS ke Jogjakarta, Indonesia diketuai oleh Pengerusi MPN, Saudara Saiful Mujahid menghadiri Asean Muslim Student Summit. SaudaraShukry Naim telah dianugerahkan sebagai “Best Delegate of Politic-Security Council”. Saudari Farah ‘Aqilah pula diberi kepercayaan untuk membacakan deklarasi yang dibincang bersama pada Majlis khas malam terakhir. Deklarasi yang dibuat akan dihantar kepada ASEAN untuk dibincangkan.

GAMIS juga diberi kepercayaan untuk mengadakan persidangan Asean di Malaysia, untuk tahun akan datang. Kami masih lagi merancang untuk membentuk front rasmi yang akan menggabungkan kesemua student front di Asia Tenggara. Untuk Antarabangsa, hasrat kami untuk terus menjalinkan hubungan dan menjadi peserta aktif dalam sebarang aktiviti bersama yang dirancang, insyaAllah.

Terima Kasih dan Tahniah kepada semua perwakilan GAMIS yang membawa nama Malaysia. JazakumuLlahu khairan kathira. Moga pergerakan GAMIS sentiasa dibantu dan dibimbing oleh Allah. Amin.

TERUS MELANGKAH BERSAMA

Muhammad Afiq bin Awang Bakar
Naib Presiden 2 (Jaringan Antarabangsa)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!