GAMIS KECAM HEPA UKM TIDAK SELESAI MASALAH AIR, MAHASISWA DIAMBIL TINDAKAN

 

1) Pada 29 Jun 2015 ini, Pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) akan mendakwa 13 orang mahasiswa atas kesalahan menyertai perhimpunan aman yang menuntut pihak pentadbiran UKM menyelesaikan masalah air yang berlarutan di UKM.

2) Perhimpunan aman ini diadakan setelah mahasiswa UKM mengambil beberapa inisiatif dan perbincangan bersama pihak pentadbiran tetapi tidak berhasil. Dibawah merupakan kronologi isu air di UKM:

? Pada 16 Mac 2015, PMUKM telah berjumpa dengan pihak SYABAS dan berjumpa dengan SPAN pada 17 Mac 2015. Mereka telah memberi beberapa penyelesaian kepada pihak pentadbiran UKM.
? Pada 25 Mac 2015, PMUKM dan gerakan MATA mengambil inisiatif mengadakan forum kebajikan masalah air & wifi setelah mahasiswa berhadapan dengan masalah air sejak 10 tahun lalu.
? Pada 27 Mac 2015 satu himpunan MATA telah diadakan di hadapan bangunan canselori UKM dengan kehadiran lebih kurang 50 org mahasiswa.
?Pada 9 April 2015 pihak UKM telah mengeluarkn notis tunjuk sebab kepada 15 orang mahasiswa kerana menyertai himpunan dan forum tersebut yang akhirnya membawa kepada surat pertuduhan tindakan tatatertib yang dikeluarkan pada 15 Jun 2015 terhadap 13 orang mahasiswa.

3) Air merupakan salah satu hak asasi manusia yang sangat penting. Tuntutan hak asasi manusia ini telah dilakukan oleh PMUKM melalui MATA. Namun UKM tetap juga angkuh dan sombong dengan tuntutan ini, malah mahasiswa yang memperjuangkan hak dipanggil untuk didakwa dalam mahkamah universiti.

4). Yang sepatutnya, UKM berterima kasih terhadap mahasiswa terlibat atas keperihatinan mereka menggerakkan isu yang cukup penting. Tidak ada kepentingan yang boleh difikirkan melainkan kepentingan buat seluruh warga UKM mendapatkan suatu keperluan asas, iaitu air.

5). Cukup menjelikkan apabila isu sebeginipun dipolitikkan oleh pihak universiti. Nyata sekali keangkuhan HEPA UKM apabila tiada penyelesaian serius dibuat terhadap masalah air universiti, tetapi sibuk mengambil tindakan kepada mahasiswa yang cuba bersuara. Tertanya, apakah peranan HEPA sebenarnya?

6) Perkara ini sangat memalukan dan merendahkan martabat sebuah institusi pengajian tinggi. GAMIS tidak akan berkompromi dengan layanan sebegini terhadap mahasiswa.

7). Justeru GAMIS akan berjumpa dengan pihak HEPA UKM pada hari jumaat ini bagi menyerahkan surat bantahan terhadap tuduhan ke atas 13 mahasiswa UKM. GAMIS juga akan mengadakan himpunan serta sidang media bersama front mahasiswa lain di hadapan Canselori UKM selepas selesai solat Jumaat.

Seluruh mahasiswa yang cintakan keadilan dijemput hadir bersolidariti.

Mohd Imran bin Md Ishak
Presiden GAMIS

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!