GAMIS Kecam Serangan Terhadap ALEPPO

13151497_736414359832935_1318122004812023747_n
1. GAMIS mengecam sekeras-kerasnya tindakan serangan ke atas Aleppo. Dunia sekali lagi menyaksikan kezaliman terhadap umat Islam berterusan di bumi Syiria. Serangan melulu terhadap Aleppo tanpa erti kemanusiaan menaikkan kemarahan penduduk dunia.

2. GAMIS menyifatkan serangan yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa serta mensasarkan tempat-tempat awam seperti hospital, sekolah dan masjid itu merupakan satu tindakan kurang ajar. Serangan bertali arus yang melenyapkan Aleppo tanpa usul periksa ini wajar dihentikan dengan segera.

3. Persetujuan gencatan senjata yang telah disepakati dalam tempoh tiga bulan yang lalu seharusnya dihormati oleh kedua-dua pihak yang terlibat iaitu kerajaan Bashar Al-Assad dan pembangkang. Pengkhianatan yang dilakukan oleh salah satu pihak dalam hal ini amat dikesali dan ia jelas membuktikan pencabulan berlaku.

4. GAMIS juga menyeru dan mendesak agar kerajaan Malaysia yang juga merupakan salah sebuah anggota PBB untuk turut serta campur tangan dalam hal ini dengan menzahirkan penentangan terhadap apa yang berlaku. Pada masa yang sama, penglibatan OIC dalam isu ini sangat dinanti dengan harapan wujudnya jalan penyelesaian demi menjaga kebajikan ummat Islam.

5. Ternyata, tindakan kejam ini bukti keangkuhan sang penzalim. Sesungguhnya kesombongan itu lebih jahat dari ketamakan dan kerakusan. Kesombongan inilah yang menjadikan sekelompok penguasa mengikuti garis-garis politik yang sama sekali bercanggah dengan pernyataan cinta damai dan persahabatan yang pura-pura diperlihatkan.

6. Marilah sama-sama kita berdoa dan membantu mereka yang dizalimi dengan sehabis daya. Islam mengajarkan kita mengobarkan rasa kasih dan cinta terhadap saudaranya yang lain.

Doa Senjata Orang Mukmin!

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!