GAMIS KERAH 500 SISWA BANTAH ICERD 4 NOVEMBER INI

  1. Berikutan daripada sikap angkuh  beberapa menteri kerajaan Malaysia yang masih berdegil untuk mempertahankan ICERD, GAMIS telah mengambil keputusan untuk bersama dalam himpunan Rakyat Bantah ICERD pada hari Ahad ini.
  2. Himpunan ini adalah penting kerana ia bakal memberikan pengajaran secara global kepada kerajaan Pakatan Harapan yang mengutamakan suara minoriti rakyat Malaysia berbanding suara majoriti rakyat Malaysia. Himpunan ini mensasarkan sekurang-kurangnya seramai 1000 pemuda Bumiputra yang akan hadir daripada pelbagai latar belakang ideologi dan parti politik.
  3. GAMIS mengambil serius berkenaan isu ini dan akan mengerahkan seramai 500 orang mahasiswa daripada pelbagai kampus untuk turun ke jalanan pada hari Ahad ini.

    Berikut merupakan detail Himpunan :

    Tarikh : 4 November 2018

  • Hari : Ahad
  • Masa : 12.00PM
  • Tempat : Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

” Istiqamah Bersama Islam ”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!