Gamis Kutuk Keganasan Di Turki

1.0 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekeras-kerasnya mengutuk kezaliman yang berlaku di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul petang semalam (Selasa, 28 Jun 2016). Menurut laporan dari Al-Jazeera, seramai 36 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera semasa letupan semalam.

 

2. GAMIS turut kesal dengan serangan yang dilepaskan secara rambang di kawasan awam yang menyaksikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa kejadian. Terdapat beberapa siri pengeboman di seluruh Turki sepanjang tahun lalu, sebahagian daripada mereka menyalahkan ISIL, manakala yang lain mendakwa dari pejuang Kurdish.

 

3. Terdahulu pada bulan Jun, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di pusat bandar Istanbul berikutan serangan bom yang menyasarkan kenderaan polis. Menunjukan serangan bom berani mati dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

4. Islam sama sekali melarang perbuatan kejam ini. Islam mengajar ummatnya untuk memerangi kezaliman pada masa yang sama menyeru kepada kebaikan. Daulah Islam siap menerima kehadiran pelbagai bangsa dan siap melindungi selagi mereka mahu menerima hukum-hukum Islam yang juga berlaku ke atas mereka. Sedangkan yang berkaitan dengan keyakinan, akidah, ibadah dan keadaan-keadaan individu, maka mereka bebas melakukannya sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh agama mereka.

 

5. GAMIS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mereka tabah mengharungi ujian di bulan Ramadhan yang mulia ini. GAMIS menyeru semua untuk sama-sama menzahirkan solidarity terhadap saudara seislam kita di Turki.

“Bersama Melangkah Menuju Perubahan”

MOHAMAD FAROUK BIN HAMZAH
Pengerusi,
Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!