GAMIS-MAPIM: Sepakat Kerjasama Konsisten

20140311_192755KUALA LUMPUR: GAMIS akan meneruskan usaha menjalinkan kerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam usaha-usaha memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia melalui program-program kemasyarakatan dan kerja kebajikan.

Pertemuan dua hala bersama Presiden MAPIM, Azmi Abdul Hamid atau dikenali sebagai Cikgu Azmi membincangkan hala tuju GAMIS dengan lebih efisien dalam mendepani arus perubahan yang semakin meruncing ini.

Pertemuan berlangsung di Pejabat MAPIM di Kampung Baru antaranya juga membincangkan bagaimana GAMIS mampu memainkan peranan dalam membentuk model masyarakat melalui aktiviti turun lapangan yang boleh menjadi indikator keberadaan GAMIS dalam masyarakat Malaysia.

Menurut Cikgu Azmi, MAPIM sedia memberi kerjasama berbentuk memberi latihan dari sudut pengurusan isu dan melatih ahli GAMIS mendepani arus nasional dan antarabangsa dengan lebih profesional.

Pertemuan ini merupakan salah satu usaha yang direalisasikan GAMIS sesi kepimpinan kali ini dengan membawa tema “Membina Harapan, Mengemudi Perubahan.”

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!