GAMIS Menyelar Sebarang Tindakan Penghinaan

 

Karikatur yang bertajuk “Akta Monyet” dalam terbitan akhbar Nanyang Siang Pau yang bertarikh 8 April 2017 ternyata adalah satu tindakan penghinaan sesama manusia.

Karikatur yang menayangkan watak seekor monyet memakai songkok dan seekor monyet lagi memakai serban putih beserta makanan yang dihidangkan itu seperti RUU355 amat jelas menunjukkan sikap ketidakpuasan hati pihak tertentu ekoran kejayaan pembentangan RUU pindaan Akta 355 baru-baru ini di Parlimen.

GAMIS ingin melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan sebegini. Ia langsung tidak mencerminkan sikap dan etika dalam kewartawanan, malah telah meruntuhkan integriti dan nilai kredibiliti media dalam arena sosio-politik negara.

Media seharusnya berperanan dalam menyampaikan isu-isu ketirisan yang berlaku dalam Negara tanpa melaga-lagakan dan menghina sesuatu pihak yang lain. Adab dan etika dalam kewartawanan dalam membuat liputan mestilah dijaga dengan penuh hemat dan berintegriti kerana medium bacaan ini merupakan antara medium untuk menyampaikan maklumat serta mendidik masyarakat.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Hujurat, ayat 11 :

[Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

“Melangkah Bersama Islam”

Majlis Politik Nasional,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!