GAMIS MENYELAR SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA

GAMIS MENYELAR SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
6 Mei 2019M | 1 Ramadan 1440H

GAMIS MENYELAR SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA6 Mei 2019M | 1 Ramadan 1440H1. Pada kala umat Islam seluruh dunia bersiap…

Posted by Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS on Isnin, 6 Mei 2019

1. Pada kala umat Islam seluruh dunia bersiap sedia dengan kedatangan Ramadan, sekali lagi roket-roket pemusnah menghujani langit Gaza, Palestin. Hampir setiap kali tibanya bulan mulia ini, negara haram Israel serta para penganut Zionisme terus membedil rakyat Palestin dan mengundang kemarahan umat Islam sedunia.

2. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel yang telah mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita, dan orang awam yang tidak berdosa. Setakat maklumat yang diterima jam 10.10 pagi tadi, seramai 25 orang telah bergelar syuhada’ dan 154 orang mengalami kecederaan.

3. Biadap sungguh makhluk Yahudi Zionis terlaknat, kezaliman mereka jelas ditunjukkan. Mereka membedil binaan dan mencabut nyawa insan tanpa berperikemanusiaan, tanpa mengira waktu, dan tanpa ada rasa hormat terhadap agama lain.

4. GAMIS mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk membantah secara serius kekejaman Israel terhadap Palestin yang tidak berkesudahan. Umat Islam khususnya perlu lantang dan aktif membela saudara-mara seagama dan jangan terikut dengan sikap dingin negara Arab yang sibuk dengan krisis dalaman, penting akan diri sendiri, serta menjadi tali barut Israel.

5. GAMIS memuji dan mendukung usaha murni badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care, PAS Relief, Persatuan Cinta Gaza Malaysia, dan lain-lain yang sedang berada di perbatasan untuk menghulurkan bantuan.

6. GAMIS menyeru semua lapisan masyarakat terutamanya mahasiswa supaya konsisten dalam bermunajat dan berdoa agar pertolongan Allah hadir kepada kaum Muslimin di Palestin. Moga-moga dengan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan, Allah memberikan kemenangan buat Islam serta kekuatan buat umatnya!

“MARA BERSAMA ISLAM”

SYED AHMAD ABDUS SALAM BIN SYED NAZMI,
NAIB PRESIDEN 3,
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS19
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!