[GAMIS NEKAD UNTUK BERTEMU DENGAN MENTERI PENDIDIKAN]

[GAMIS NEKAD UNTUK BERTEMU DENGAN MENTERI PENDIDIKAN]

Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Presiden GAMIS, Saudara Mohamad Shafiq semalam, pihak GAMIS sudah pun berusaha menghubungi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas namun sehingga kini GAMIS tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak KPM.

GAMIS memutuskan untuk terus bertemu secara langsung dengan pihak KPM dan petang tadi, saya bersama beberapa pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah pergi ke Pejabat Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.

Alhamdulillah, Selepas berurusan dengan beberapa staf di sana akhirnya pihak KPM telah memanggil Pegawai Khas Dr Maszlee Malik iaitu Saudara Hannan Khairy untuk bertemu dengan kami.

Hasil pertemuan ini, Saudara Hannan Khairy telah memberi jaminan bahawa pada Selasa hadapan akan ada pertemuan rasmi antara GAMIS dan Pegawai Khas Menteri Pendidikan yang Mewakili Menteri Pendidikan sendiri untuk membincangkan berkenaan Reformasi Sistem PRK. Lanjutan daripada itu kami juga telah diberi jaminan bahawa Menteri Pendidikan bersedia bertemu GAMIS pada awal bulan 10 ini.

GAMIS komited dalam memastikan perjuangan mahasiswa untuk mendapatkan hak-hak mereka dibawa ke peringkat atasan dan mendapat layanan yang selayaknya daripada kerajaan hari ini.

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

MUHAMAD SAIFULLAH BIN MAHBOB
Bendahari Kehormat
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) 2018.

link kenyataan mohamad shafiq : https://www.facebook.com/Zul.Uquul?hc_ref=ARTerF8ji6y0JRnftELpVeYVcwOepSw7diJXNeUG28l8NY-qZbadfxSt72hLk3kbRj4

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!