GAMIS PUSAT BERSAMA UniMAP “ZERO TO HERO”

5 FEB 2016

Setiap pergerakan Rektor, Canselor, Naib Canselor, pihak HEP mahupun apa sahaja yang berkaitan dengan entiti ini perlu dilihat dari sudut yang berbeza.

Tidak cukup kita katakan mereka menjadi pengurus tadbir kampus semata-mata, sedangkan mereka ini dilantik oleh pihak atasan yang punya kepentingan tertentu dan tidak lekang dari agenda politik luar.

Saya tidak umumkan kenyataan ini namun ada baiknya kita kaji semula fungsi HEP pada awal sejarah universiti ditubuhkan dengan adanya badan bertindak seperti ini.

Cukup kita lihat pada fasa Pilihanraya Kampus (PRK) dibuat. Akan ada campur tangan ghaib yang cuba menebus masuk untuk mencemarkan ketelusan PRK.

Doa kami agar UniMAP dapat bersabar dan teruskan momentum untuk menggali segala kebobrokan yang semakin menjadi-jadi.

Isu sama ada Naib Canselor kekal atau ditukar pada 10 Februari ini bakal menjadi tarikh bersejarah bagi UniMAP dalam menambahbaik fungsi mahasiswa dan universiti itu sendiri.

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

“BERSAMA MELANGKAH MENUJU PERUBAHAN”

Nursyima Nadia Mohamad Hidayat,
Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!