GAMIS Sabah Sokong Himpunan Rakyat Bantah GST

Kenyataan media,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS Sabah),
Gabungan NGO GEGAR

IMG-20140430-WA0003

Tahun 2014 ini merupakan tahun getir buat rakyat. Belanja dapur terus meningkat, perbelanjaan harian melambung tinggi, rakyat dikenakan kadar kenaikan yang mendadak pada keperluan harian seperti air, tariff elektrik, astro dan pengangkutan awam malahan lebih teruk apabila GST diperkenalkan. Yang amat mendukacitakan tangga gaji tidak berubah namun kos sara hidup semakin meninggi.

Berikutan tangkapan pada 27 Apr 2014 yang lalu, sebagai mahasiswa yang cakna dengan isu semasa khususnya berkenaan GST akan tetap berpendirian bahawa GST akan membebankan rakyat bawahan dan pertengahan. Mahasiswa mengecam tindakan kerajaan meluluskan pelaksanaan cukai ini sebelum membuat penerangan penuh berkenaan cukai GST diberi kepada rakyat. Tindakan meluluskan pelaksanaan cukai ini pada 1 Apr 2015 sebelum kepada penerangan kepada rakyat adalah satu tindakan yang menzalimi rakyat terutamanya golongan bawahan.

Pada sisi pandang mahasiswa, kerajaan tidak menyedari bahawa pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos. Sebenarnya ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang. Oleh itu, kami melihat pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan ia berterusan akan membebankan rakyat dan sebab itu kami menentangnya.

GST akan terus dilaksanakan pada tahun depan, keadaan ini akan menambah bebanan rakyat dengan pelbagai kesan termasuklah inflasi akhirnya hutang individu dan keluarga akan meningkat. Melalui GST ini kerajaan akan membiarkan golongan bawahan berterusan didera. GST akan melibatkan semua individu dalam negara disebabkan kuasa beli dan kuasa pembayar cukai kepada kerajaan.

Berikutan tangkapan pada 27 Apr 2014 yang lalu, mahasiswa mengecam tindakan polis yang menangkap tanpa melibatkan prosedur asas tangkapan iaitu makluman kepada suspek yang ditangkap di atas kewajaran apa dan kesalahan apa, Polis perlu menyatakannya. Dalam sebuah negara demokrasi pada kami himpunan sebegini wajar, yang penting untuk menimbulkan kesedaran dan mengajak seluruh rakyat bersama-sama membantahnya. Inilah hak warganegara yang dilindungi oleh perlembagaan negara.

Gerakan bantah GST di Sabah akan diteruskan melalui semua saluran yang ada daripada rakyat dan juga mahasiswa bermula 1 mei ini sehingga tarikh pelaksanaan dibuat. Sedia maklum, keputusan telah dibuat di Parlimen dan Rang Undang-undang GST telah diluluskan, tahun 2015 bakal dilaksanakan. Biar rakyat pula membuat keputusan dan memilih, 1 Mei ini akan terpahat sebagai ‘historic moment’ bahawa rakyat akan turun beramai-ramai untuk membantahnya.

Kami mahasiswa memuji usaha baik himpunan anjuran NGO ini. Kami yakin ia akan menjadi platform rakyat untuk memberi isyarat jelas bahawa mereka tidak dapat bersetuju dengan GST. Bagi kami, kempen kesedaran ‘Faham GST, Tolak GST’ akan terus digerakkan agar rakyat sedar akan hak mereka dan memahami isu ini sebaiknya.

Ayuh para pencinta kebenaran, aktivis masyarakat dan pejuang rakyat kita turun menoktahkannya

Mohd Fathihie Bin Daimin,
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS Sabah).

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!