GAMIS Selar Pencabulan Intelektualisme Kampus

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia menyelar serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pentadbiran HEP UPSI yang sekali lagi melakukan pencabulan terhadap intelektualisme kampus apabila secara semberono membatalkan sebuah forum mengenai isu PBS yang dianjurkan oleh MPP UPSI melalui notis saat-saat akhir semalam.

Sebagai bakal warga pendidik yang bakal berhadapan dengan sistem ini pada masa hadapan, warga UPSI wajar diberikan pendedahan dan penjelasan mengenai sistem ini memandangkan merekalah yang akan terlibat di dalam perlaksanaan dasar ini, bukannya para menteri yang duduk di atas kerusi empuk di bawah penghawa dingin di dalam pejabat kementerian.

GAMIS percaya bahawa pembatalan saat akhir ini adalah disebabkan kehadiran aktivis pendidikan yang juga pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia, Cikgu Izzat yang juga terlibat secara langsung di dalam gerakan menuntut pemansuhan PBS.

GAMIS juga mengecam tindakan HEP UM yang disifatkan sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri apabila bertindak membatalakan talk untold story yang sepatutnya dianjurkan oleh Sister On Movement (SIM) di UM pada malam ini. Dakwaan “mempunyai unsur menjatuhkan kerajaan” di dalam program ini seperti yang disifatkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) bukan sahaja tidak berasas, bahkan mencerminkan sikap paranoid pihak-pihak tertentu terhadap usaha mahasiswa untuk memberikan pencerahan terhadap satu-satu isu kepada warga kampus.

Muhamad Najib Abdurrahim
Pengerusi Majlis Politik Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!