GAMIS Serah Memo Bantah Pertuduhan Mahasiswa UiTM

IMG-20140508-WA0015 Putrajaya, 8 Mei : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pertuduhan yang telah dikenakan ke atas seorang mahasiswa UiTM Cawangan Sabah, Mohd Fathihie bin Daimin.

Wakilnya, Muhammad Najib bin Abdurrahim yang juga pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) GAMIS berkata, dakwaan yang dikenakan ke atas mahasiswa tersebut merupakan usaha daripada pihak universiti untuk menakut-nakutkan serta mengekang mahasiswa daripada menyuarakan suara mereka.

“Kita juga yakin bahawa dakwaan ini dibuat berhubung dengan himpunan 1 Mei Bantah GST yang telah diketuai oleh saudara Fathihie di Sabah tempoh lalu,” kata beliau.

“Justeru itu, kita menuntut 3 perkara daripada pihak kementerian, iaitu yang pertama, menghentikan serta menggugurkan pertuduhan yang dikenakan ke atas saudara Fathihie.IMG-20140508-WA0012

Yang kedua, kita menuntut supaya pihak universiti menghentikan sebarang dakwaan yang bersifat politik kepada mahasiswa.

Yang ketiga, kita mahu pihak kementerian menghentikan sebarang dakwaan kepada mahasiswa yang menyuarakan suara serta pandangan mereka mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia. Kita juga tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan yang lebih besar sekiranya tuntutan kita pada hari ini tidak diendahkan oleh pihak kementerian,” tambah beliau.

Memorandum tersebut telah diterima oleh pegawai daripada pihak KPM, Muhd Radhi Hamzah. Kira-kira 20 mahasiswa dari front lain turut sama hadir menyatakan solidariti.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!