GAMIS SERU MAHASISWA UUM TINGGALKAN BUDAYA HEDONISME

  1. Video tarian secara terbuka mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) di pusat membeli belah yang tular menari dalam keadaan yang tidak senonoh pada hari semalam telah memberikan satu imej yang sangat buruk dan negatif terhadap golongan mahasiswa dan ahli akademik Malaysia. Ini adalah budaya yang sangat memalukan, bertentangan dengan moto UUM (Ilmu, Budi, dan Bakti) dan tidak sepatutnya berlaku kepada mahasiswa apatah lagi kepada mahasiswa Islam yang beriman kepada Allah SWT.
  2. Kami menyeru kepada semua mahasiswa UUM dan semua mahasiswa di seluruh negara untuk menginsafi kembali falsafah Majlis Konvokesyen yang diadakan setiap tahun oleh pihak universiti. Majlis Konvokesyen yang diadakan bukanlah semata-mata untuk meraikan kejayaan seorang mahasiswa memiliki sekeping sijil untuk mendapatkan kerja bahkan ia adalah satu simbolik besar kepada permulaan tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh seorang mahasiswa kepada Agama, bangsa dan negara.
  3. Perbuatan meraikan Majlis Konvokesyen dengan tarian yang tidak senonoh adalah sangat bertentangan dengan falasafah meraikan peranan ilmu dalam membentuk tamadun dan masa depan negara.
  4. Kami juga menyeru kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di seluruh negara agar memainkan peranan mereka untuk memastikan Majlis Konvokesyen yang dijalankan atau bakal dilaksanakan di kampus-kampus mereka menjadi sebuah majlis yang sangat meraikan nilai-nilai Ilmu, nilai adab, nilai falsafah pendidikan modal insan, nilai kebajikan  dan nilai – nilai tamadun Islam.
  5. Akhirnya, mahasiswa adalah generasi masa depan negara, sekiranya baik mahasiswa maka baiklah negara akan datang, sekiranya buruk mahasiswa maka buruklah masa depan negara. Ayuh bersama kita bentuk masa depan negara kita sebagai masa depan yang cemerlang, maju, berkat dan sejahtera.

Sekian. Terima kasih.

” Istiqamah Bersama Islam ”

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!