GAMIS Ucapkan Tahniah Kepada Calon SPM 2016


Firman Allah SWT : “Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.” [Surah ar-Rum:18]
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2016 telah diumumkan pagi tadi melibatkan seramai 434,535 calon dari seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang akhbar pengumuman SPM berkata, SPM 2016 mencatat indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10, lebih baik berbanding 5.15 pada 2015.
Beliau juga menyatakan sejumlah 8,647 pelajar mendapat keputusan semua A, iaitu sebanyak 2.13%, menurun berbanding tahun 2015 sebanyak 2.38%, yang pada ketika itu seramai 9,721 daripada 440,682 pelajar memperoleh semua A.
Seramai 340,698 ataupun 85.21% calon layak dianugerah sijil selepas lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
GAMIS disini ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2016 yang telah menerima keputusan masing-masing.
GAMIS juga ingin menyeru dan menyarankan calon SPM 2016 untuk membuat pilihan sebaiknya bagi menyambung pelajaran ke tahap seterusnya. Pohonlah doa dari Allah dan berbincanglah dengan ibubapa sebelum membuat sesuatu keputusan.
Semoga apa jua keputusan yang diperoleh lebih mendekatkan diri kita kepada Allah seterusnya  memberi manfaat dan kebaikan kepada agama dan negara. 
“MELANGKAH BERSAMA ISLAM”
Jabatan Penerangan & Informasi

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!